Secara peribadi saya terkilan dengan apa yang sedang berlaku atas kematian mendiang Teoh Beng Hock. Amat tidak patut jika ada sebarang isu perkauman dalam perkara ini. Ya, seperti biasa mainan UMNO.
Dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus diserang! Kini semua ADUN DAP seolah-olah dihadapkan dengan kesalahan yang masih kabur lagi. Fed-up aku! Kebencian saya terhadap UMNO semakin menumpuk!
Malaysiakini melaporkan Exco kerajaan Selangor - Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah berang dengan dakwaan sebuah blog yang menuduh mereka terbabit melesapkan wang kerajaan negeri.
Semalam, kedua-dua tampil mempersoalkan mengapa pemilik blog tersebut hanya menyerang exco negeri Selangor dari DAP sahaja.
"Mengapa exco DAP sahaja yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut? Apakah ada komplot politik untuk mencemar nama baik kerajaan negeri?" soal mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Dalam pada itu, tujuh ADUN Pakatan Rakyat Selangor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN.
Jika ADUN-ADUN DAP tidak bersalah, jangan gelabah. Lawan sahaja jangan undur!
0 comments:
Post a Comment