Penggunaan ISA Secara Double Standard Dipersoalkan

Merujuk kepada laporan berita yang disiarkan dalam mukasurat pertama Sinar Harian hari ini (30 Ogos) bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco”, ingin saya memperjelaskan pendirian saya seperti berikut:


1) Tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.


2) Ketika ditemui wartawan, saya mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.


3) Adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.


4) Maka saya tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.


5) Dengan ini saya berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.

YB Rodziah Ismail

ADUN Batu Tiga
Exco Kerajaan Negeri Selangor

Baguslah kalau kenyataan saudara Rodziah disalah tafsir. Tetapi jika benar, maka saudara Rodziah perlu lebih matang berfikir. Jika selama ini rakyat Malaysia menerusi PAS, DAP, badan-badan NGO, dan kemudian PKR bermatian-matian membantah penggunaan ISA, alih-alih seorang YB Pakatan Rakyat lain pula tampang telo cakapnya.

Saudara Rodziah, jangan jadi seperti UMNO bila berkuasa, please!

Berkaitan:
Kes ‘kepala lembu’ ekstrem: Mahyuddin ahli PAS?
Dua Wajah membuka rahsia kezaliman penggunaan ISA
Penggunaan ISA secara melulu tidak boleh dimaafkan
Bantah ISA: Tahniah rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009

3 comments:

The Book said...

Aku benci UMNO, stail UMNO, budaya UMNO, dan orang UMNO dalam PKR!

Pemburu Syahid said...

Me too.

Web Sutera said...

Saudara Jelon bertanya di chat box: “naper kau panggil YB Rodziah saudara bukan puan?”

Jawapan saya: Sdr Jelon, bukankah semua kita sama? Sahabat Jelon, sdr perlu dalami lapis dan nahu bahasa Melayu. Sudah banyak perubahan. Gantinama ‘Puan’ khas untuk wanita, betul kan? Ok, gantinama 'saudara' pula untuk semua pihak. 'Saudara' digunakan utk kedua-dua jantina.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger