Jom baca isi hati beliau sekali lagi, yang saya petik dari blognya, Direct Free Kick.
“Dasar PAS adalah Islam. PAS bukan parti Melayu tetapi PAS adalah parti Islam yang majoritinya orang Melayu. PAS memperjuangkan Islam yang syumul. Tetapi adakah ini bermakna PAS tidak boleh membela orang Melayu? Bila ada orang Melayu yang datang meminta tolong kerana dizalimi, adakah kita akan berkata kami tidak boleh menolong kerana kami memperjuangkan Islam?
Perjalanan kita masih panjang. PAS kena kuat. Pimpinan memberitahu bahawa kita adalah jurubicara ummah. Hendak mengharapkan siapa lagi? Alkohol, seks bebas, murtad dan keruntuhan akhlak menghantui ummah. Tugasnya adalah berat sepertimana yang dipikul mereka yang memperjuangkan Islam sepanjang zaman.
Pejuang Islam atau yang mereka yang dibimbangi akan memperjuangkan Islam bukan sekadar dijadikan kambing hitam tetapi akan diperangi habis-habisan. Lihatlah sahaja dunia sekarang. Bukankah
Baca penuh di Direct Free Kick.
0 comments:
Post a Comment