Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi – TG Nik Abdul Aziz

3 Zulkaedah 1430H: Malam tadi (22 Okt. 2009), bersama seorang teman rapat, saya berbual dan berdiskusi dari sekitar jam 10.30 malam sehingga 3.00 pagi. Justeru sudah agak lama tidak bersua, maka saya mengambil kesempatan berdiskusi selepas majlis kecil sambutan hari lahir salah seorang anak.

Antara lain kami berdua menyentuh dan meluahkan pandangan berkenaan seorang manusia yang bernama Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang.


Antara sudut yang kami sentuh ialah era Tok Guru sebelum menjadi menteri besar; apa beliau lakukan di Kelantan selepas dilantik sebagai menteri besar; sikap dan pandangan beliau; ilmu yang beliau ada; gaya kepimpinan; dan apa UMNO, suratkhabar UMNO serta juak-juak UMNO telah cuba untuk menghina peribadi beliau melalui tuduhan melulu.


Juga kami menyentuh berkenaan peranan Mursyidul Am PAS ini dalam menangani isu-isu dalam PAS, carik-carik dalam PAS dan Pakatan Rakyat (PR), dan kelatahan-kelatahan sesetengah pemimpin PAS dan PR dalam menjawab soalan ‘racun’ akhbar nasional.


Ternyata batang tubuh yang kian dimamah usia itu masih teguh dengan pendiriannya. Masih gagah mengorak langkah menujah gelombang politik dan Islam di Malaysia. Masih berani menegur dan memberi pandangan berdasarkan ilmu yang ada padanya.


Teguran terkini ialah berdasarkan tradisi menegur pemimpin di dalam Islam:

** ii).
Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
“Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas.

“Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah (katalah apa sahaja). Dan memang betul begitulah.”

** Petikan dari blok Tok Guru.
Baca penuh di sini: PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger