Pengurusan subsidi minyak masih pincang?

7 Zulkaedah 1430H: Diberitakan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan mekanisma sistem pengurusan subsidi minyak selewat-lewatnya awal tahun depan.

Laporan mStar menyebut menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman itu akan dibuat setelah kementerian selesai melakukan “kajian mengenai cara pemberian subsidi yang betul serta menentukan dan mengenalpasti golongan sasar yang benar-benar memerlukan subsidi tersebut.”

Terus terang saya katakan bahawa saya skeptikal terhadap setiap pengumuman kerajaan berkenaan minyak. Tidak lain tidak bukan apa yang terlintas di minda saya ialah harga minyak naik.


Menurut Ismail Sabri "sasaran pengguna minyak sedang ditentukan, siapa dan bagaimana akan kita umumkan tidak lama lagi, mungkin tahun depan, mungkin hujung tahun ini.”


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas berkata sistem pengurusan subsidi minyak yang akan dilaksanakan pada awal tahun depan bagi memastikan hanya golongan sasar mendapat manfaatnya.


Saya bimbang sebenarnya. Maaf jika saya melihat yang buruk, kerana sejarah sudah membuktikannya. Adakah selama ini sistem subsidi minyak yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul? Jika benar, mengapa sekarang baru disedari? Tidakkah ini sesuatu yang pelik? Ada udang di sebalik batu?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger