Laman web kerajaan rendah kualiti

Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan ‘Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009′ oleh MDEC ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.
Saya tidak terkejut dengan laporan penilaian ini. Memang begitu majoriti laman web agensi kerajaan. Peratusan amat rendah dari sudut keberkesanan dan keramahan laman web itu berkait rapat dengan mutu perkhidmatan kaunternya. Sudah lama masyarakat memperkatakannya.

Namun begitu, terdapat beberapa laman web yang mendapat pengiktirafan lima bintang Laman web tersebut dikendalikan oleh Kementerian Kewangan; Pejabat Perdana Menteri; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu); Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Pejabat Kerajaan Negeri Selangor; dan portal myGovernment.

Antara kriteria diambilkira oleh MDEC untuk mendapat pengiktirafan itu ialah keupayaan laman web itu diakses oleh pengguna, menyediakan capaian dalam dwibahasa untuk memudahkan pengguna berurusan dan selalu dikemaskini. Baca komentar penuh.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger