Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pendekatan dan tawaran yang perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah membebaskan maklumat sepenuhnya apabila berjaya memerintah negara nanti.
Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan.
Beliau yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat berpendapat usaha meliberalisasikan pendekatan parti-parti pembangkang tersebut termasuk saling kerjasama dalam memperbetulkan semula beberapa persepsi salah rakyat terhadap perjuangan PR.
"Kalau nak laksana ia (sistem dua parti) secara realistik, saya sebagai ahli PAS perlu bersedia jelaskan pada Melayu (bahawa) DAP bukan cauvenis Cina dan DAP juga kena cakap pada orang Cina yang PAS ini bukan parti pelampau Islam seperti yang dipropaganda BN dalam media."
Baginya, propaganda perkauman yang dilakukan Umno mengakibatkan rakyat berpegang pada persepsi yang salah terhadap PR sendiri.
"Masalah utama orang Melayu adalah terlalu percaya pada propagada Umno lebih 52 tahun, isu kedudukan Melayu, bahasa, tanah dan sebagainya, persepsi orang Melayu masih anggap Umno segalanya. Walaupun Umno rasuah, orang Melayu masih jauh dari kita (PR)," jelasnya.
"Segelintir orang Cina danIndia pula percaya PAS adalah parti ekstrem Islam disebabkan propaganda televisyen (dan) radio (yang dikatakan milik) Umno masuk ke setiap rumah, setiap hari."
Antara kaedah bagi meliberalisasikan pendekatan PR ialah melalui konvensyen. Justeru itu pelan mengadakan konvensyen PAS bersama NGO Islam Januari depan amat baik. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan konvensyen bersama-sama dengan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada bulan Januari tahun depan.
Beliau berkata, konvensyen itu diharap dapat memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan mengenai prinsip perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam.
Pada hemat saya, dalam pada itu PAS mesti melestarikan gabungan PR dan memberikan pencerahan kepada NGO Islam bahawa kerjasama dengan DAP merupakan alternatif terbaik untuk Malaysia.
Dalam pada PAS terus dengan komitmen dengan agenda Islam syumul, elok sangat isi konvensyen juga merangkumi perbincangan wacana menangkis hagemoni UMNO yang mencanangkan DAP parti cauvenis Cina.
Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan.
Beliau yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat berpendapat usaha meliberalisasikan pendekatan parti-parti pembangkang tersebut termasuk saling kerjasama dalam memperbetulkan semula beberapa persepsi salah rakyat terhadap perjuangan PR.
"Kalau nak laksana ia (sistem dua parti) secara realistik, saya sebagai ahli PAS perlu bersedia jelaskan pada Melayu (bahawa) DAP bukan cauvenis Cina dan DAP juga kena cakap pada orang Cina yang PAS ini bukan parti pelampau Islam seperti yang dipropaganda BN dalam media."
Baginya, propaganda perkauman yang dilakukan Umno mengakibatkan rakyat berpegang pada persepsi yang salah terhadap PR sendiri.
"Masalah utama orang Melayu adalah terlalu percaya pada propagada Umno lebih 52 tahun, isu kedudukan Melayu, bahasa, tanah dan sebagainya, persepsi orang Melayu masih anggap Umno segalanya. Walaupun Umno rasuah, orang Melayu masih jauh dari kita (PR)," jelasnya.
"Segelintir orang Cina dan
Antara kaedah bagi meliberalisasikan pendekatan PR ialah melalui konvensyen. Justeru itu pelan mengadakan konvensyen PAS bersama NGO Islam Januari depan amat baik. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan konvensyen bersama-sama dengan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada bulan Januari tahun depan.
Beliau berkata, konvensyen itu diharap dapat memberi ruang kepada PAS untuk menjelaskan mengenai prinsip perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam.
Pada hemat saya, dalam pada itu PAS mesti melestarikan gabungan PR dan memberikan pencerahan kepada NGO Islam bahawa kerjasama dengan DAP merupakan alternatif terbaik untuk Malaysia.
Dalam pada PAS terus dengan komitmen dengan agenda Islam syumul, elok sangat isi konvensyen juga merangkumi perbincangan wacana menangkis hagemoni UMNO yang mencanangkan DAP parti cauvenis Cina.
0 comments:
Post a Comment