What I like about (George) Bush – PM Najib (update)

Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) pernah menjadi bos saya semasa bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Bekas timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan penggiat sastera Melayu yang terus berjuang.

Dalam komentar terkini di blognya, Baha Zain menulis:

"Bekas perdana menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tidak terbukti, tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair."

Lanjutan daripada komentar Baha Zain ini, apa rasional Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul razak berkata, “I have been saying privately, but I might as well say it publicly, that the thing I liked about President Bush's foreign policy is that he was very pro-free trade.”

Kata Baha Zain lagi:

"Janganlah fikir bahawa semua rakyat ini bodoh, memekakkan telinga dan memejamkan matanya terhadap persekitarannya. Malahan Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun sedang diletakkan di bawah kaca teropong untuk dianalisis ucapan dan perbuatannya."

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger