Satu lagi tindakan bangang politikus PKR!

mStar Online melaporkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau “kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.”

Itulah dia seorang lagi ahli politik bangang! PKR agak ramai orang-orang seperti ini. Ada masalah sikit, merajuk dan keluar parti.
Macam budak-budak!

Mungkin juga Lim Guan Eng tidak disenangi oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang.
Cakap-cakap sering kedengaran ditiup bayu bahawa Guan Eng tidak boleh dikiritik, memerintah secara kurang cerdik dan sebagainya.

Kalau betul pun, tindakan politikus PKR tidak matang.
Geng dalam PR yang kurang berpuas hati (atau memang sudah berniat untuk main-main sahaja masuk pembangkang) bertempik di sana-sini, dalam akhbar juga dalam blog. Tidak pula mahu dibincang, duduk semeja bermuhasabah.

Pastinya tindakan bangang dan bodoh tersebut diambil kesempatan sepenuhnya oleh UMNO/BN dan akhbar pencancai untuk menambah lemak dan krim lagi.


Memang ada ramai lagi ahli-ahli PKR dan pemimpinnya yang bersifat gelojoh dan talam dua muka! Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa cerita? Jika politikus PKR tidak bersetuju dengan kata-kata saya, BUKTIKAN!!

Hey! Engkau orang ingat perkara menjadi pemimpin yang dipilih rakyat hal main-mainkah?

2 comments:

Web Sutera said...

Timbalan Presiden Keadilan, Syed Hussein Ali berkata Zahrain sering bertindak atas kepentingan diri dan membelakangkan perjuangan parti dan Pakatan Rakyat.

Komen Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mengaitkan tindakan Zahrain itu kepada cubaan Umno-BN meraih kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Tiada terasa kehilangan. Di Penang, Pakatan sangat kuat dan saya rasa tidak ada kesan apapun. Selain itu Zaharain bukannya seorang pemimpin terkemuka dalam politik," kata Karpal.

“Yang sebenarnya kedudukan dia dan imej dia yang sudah terhakis. Boleh dikatakan sekarang ini orang nampak dia marah kerana dia tidak dapat jadi Timbalan Ketua Menteri, nak jadi calon di Penanti tidak dapat kemudian digugurkan sebagai Pengerusi di Pulau Pinang, kerana prestasi tidak memuaskan. Dia juga dikatakan masih marah dengan kontrak yang terlibat dengan dia dan golf- golf Bukit Jambul, semua ini menunjukkan wajah sebenar dia,” kata Syed Hussin.

Buana Ini said...

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.

Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam. (Harakahdaily)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger