Buku Nik Nazmi Nik Ahmad, Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim di Kelana Jaya pada 8 Disember 2009 lalu.

Buku tersebut turut diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai Moving Forward: Malays for the 21st Century.


Di dalam ucapan beliau, Khalid menyebut penulisan buku tersebut membuktikan bagaimana generasi muda yang mendapat manfaat daripada DEB kini berani memikirkan pendekatan baru bagi mengangkat martabat masyarakat Melayu dan bangsa Malaysia.


Beliau turut menceritakan pengalamannya sebagai orang di barisan hadapan DEB sewaktu di Permodalan Nasional Berhad dahulu. Khalid menutup ucapannya dengan membacakan sajak Allahyarham Usman Awang bertajuk ‘Melayu’.


Nik Nazmi menegaskan sudah sampai masanya pemimpin masyarakat Melayu berlaku jujur dengan masyarakat, bahawa mereka mesti bersaing dan menerima realiti dunia hari ini. Mitos bahawa mereka harus dilindungi dan lemah secara semulajadi tidak membantu orang Melayu.


“Sesiapa yang membaca sejarah akan sedar bapa-bapa DEB sendiri seperti Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail menyedari DEB merupakan kompromi sementara. Malah, jika kita meneliti wawasan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam lebih awal pun menunjukkan pandangan yang dominan hari ini bukanlah inevitable, dan wujud pelbagai pandangan alternatif.”


Beliau turut merakamkan penghargaan bagaimana bapanya yang lahir pada zaman British, bersekolah pada zaman Jepun, belajar sejarah di universiti dan memulakan karier sebagai pegawai kerajaan mendedahkannya kepada bab-bab terlindung sejarah negara. Bapa beliau, Haji Nik Ahmad Nik Hassan, berada di barisan depan pelaksanaan DEB apabila dasar tersebut mula-mula diperkenalkan.


I envy Sharon Bakar for this. She said in her
blog:

I also went along to Nik Nazmi's launch of both the English and Malay versions of his new book at Itudio Studio in Kelana Mall. Selangor Chief Minister Khalid gave a very good speech and I appreciated the fact that he recited a poem by the late Usman Awang about the Malays.

I finished the book when I got home - it's very sensible and well-written, and as with Farish's book - you just hope that people will read and become that much wiser.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger