Aku ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddn kerana mengetuai kira-kira 200 orang yang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Walaupun berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia tetap patut diberi penghargaan. Perhimpunan di Masjid Negara itu berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.
Pastinya perarakan anti-Israel diketuai oleh Pakatan Rakyat yang menuju ke kedutaan Amerika Syarikat lebih meriah. Dianggarkan lebih 50 ribu orang berarak kesana (foto-foto berkaitan, ihsan Malaysiakini).
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Amerika Syarikat berhubung tindakan kejam Israel Zionis.
Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyatMalaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim juga berucap kepada ribuan rakyatMalaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu. Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.
"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasanIsrael . Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya. Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
Dalam perkembangan berkaitan, aku katakan bahawa presiden Amerika Syarikat Barack Obama pengecut! Sampai saat ini tiada apa yang presiden AS itu nyatakan secara tuntas terhadap tindakan terrorisIsrael mengganasi delegasi kapal-kapal misi kemanusiaan ke Gaza . Barack Obama nyata kelihatan tidak mahu mengutuk atau mengambil pendirian jitu terhadap negara haram jadah Israel tersebut.
Obama takut dan pengecut. Khabarnya masih menunggu hasil siasatan. Khabarnya juga AS mahu supaya tragedi itu disiasat oleh kerajaanIsrael sendiri. Bangangkah atau apa? Sudahlah terroris Israel mengganas di atas kapal dan membunuh sebilangan insan serta memukul semua orang di atas kapal Mavi Marmara, dia orang juga yang harus menyiasat. Sudah barang tentu maha tidak adil nanti hasilnya.
Pihak tentera, kerajaan dan jurucakapI srael tetap berkata bahawa tindakan pembunuhan itu adalah satu tindakan mempertahankan diri. Pihak Israel asyik-asyik menayangkan video yang sama dan dari sebelah pihak dia orang sahaja. Bukti-bukti lain yang dirakam oleh kamera dan video semua penggiat keamanan yang berada dalam kapal Mavi Marmara disita atau dimusnahkan serta-merta. Apakah jadahnya?
Itu yang Barack Obama tunggu? Kau memang pengecut, Barack Obama!! Mahu ke mana, Obama? Harapan apa yang ingin digapai?
Pastinya perarakan anti-Israel diketuai oleh Pakatan Rakyat yang menuju ke kedutaan Amerika Syarikat lebih meriah. Dianggarkan lebih 50 ribu orang berarak ke
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam
Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat
Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim juga berucap kepada ribuan rakyat
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.
"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan
Dalam perkembangan berkaitan, aku katakan bahawa presiden Amerika Syarikat Barack Obama pengecut! Sampai saat ini tiada apa yang presiden AS itu nyatakan secara tuntas terhadap tindakan terroris
Obama takut dan pengecut. Khabarnya masih menunggu hasil siasatan. Khabarnya juga AS mahu supaya tragedi itu disiasat oleh kerajaan
Pihak tentera, kerajaan dan jurucakap
Itu yang Barack Obama tunggu? Kau memang pengecut, Barack Obama!!
0 comments:
Post a Comment