Plagiat hasil tulisan orang lain HARAM hukumnya dalam Islam

Sahabat, adanya Internet dan laman web atau blog, makin mudah untuk kegiatan plagiat atau mencuri pandangan atau hasil buah fikiran orang lain. Mengambil atau memetik sebahagian dari pandangan/tulisan pihak lain tidak mengapa, tetapi mesti ditulis sumber rujukan. Atau dengan adanya kemudahan pautan (link) ianya mesti dipautkan kembali ke sumber asal. Secara sedar, saya cukup mengambil berat akan hal ini.

Harus diingat bahawa memplagiat hasil/tulisan orang lain adalah haram hukumnya dalam agama Islam. Ianya juga menjadi satu kesalahan dari sudut undang-undang harta intelektual dan dunia penerbitan.

Saya tidak suka akan perbuatan seorang sahabat blogger bernama ucis26 dengan blognya 26 Melayu Diraja yang menyalin bulat-bulat komentar saya bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata - Tiada rasa seindah bahasa yang dapat dicoretkan.

Saya sudah menghantar komen kepada beliau, tetapi tiada tindak balas segera diambil.


1 comments:

Web Sutera said...

Alhamdulillah. Sahabat ucis26 (http://26ramd.blogspot.com/) sudah memulakan satu langkah bijak. Maaf jika tersinggung. InsyaAllah, tujuan saya demi kebaikan bersama. :-)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger