6 Ramadhan 1431 H - Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. Semoga semua pengunjung blog ini dilindungi Allah di bawah payung cintaNya. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin.
Pernahkah saudara membeli atau terbeli dua buah buku yang sama? Saya ada.
Buku yang ketiga lain pula sebabnya, iaitu buku terlaris Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni berjudul Jangan Bersedih (La Tahzan). Buku pertama ialah cetakan kedua 2006 berkulit keras (saiz 18sm lebar x 26.5sm tinggi) dan buku kedua bersaiz kecil cetakan 2010 (saiz 11.5sm lebar x 19sm tinggi). Buku edisi kecil dan kompak (kulit warna hijau) yang kedua ini dibeli kerana saya menyukai saiz dan desain keseluruhan buku. Kedua-dua versi adalah terbitan Al-Hidayah Publication, berharga RM49.00 dan RM24.90 masing-masing. (Buku yang lain baca di sini)
Buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (S.A.W), yang cukup memberi kesan kepada saya.
Ada banyak kandungan buku beliau menekankan kepada kuasa Allah dalam mentadbir alam ini, mengenai Tuhan Pencipta alam semesta dan sifat Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat.
Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati. Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.
Jadi risau apa, jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.
Pernahkah saudara membeli atau terbeli dua buah buku yang sama? Saya ada.
Buku yang ketiga lain pula sebabnya, iaitu buku terlaris Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni berjudul Jangan Bersedih (La Tahzan). Buku pertama ialah cetakan kedua 2006 berkulit keras (saiz 18sm lebar x 26.5sm tinggi) dan buku kedua bersaiz kecil cetakan 2010 (saiz 11.5sm lebar x 19sm tinggi). Buku edisi kecil dan kompak (kulit warna hijau) yang kedua ini dibeli kerana saya menyukai saiz dan desain keseluruhan buku. Kedua-dua versi adalah terbitan Al-Hidayah Publication, berharga RM49.00 dan RM24.90 masing-masing. (Buku yang lain baca di sini)
Buku-buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni banyak memberi penumpuan kepada sudut motivasi. Namun begitu, motivasi yang diketengahkan menekankan kisah-kisah dan pengajaran dalam Quran dan sunah Nabi Muhammad (S.A.W), yang cukup memberi kesan kepada saya.
Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hambaNya. Yang pasti semua kita akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, semua akan mati. Orang yang mencerca kita, menghina kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita; semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.
Jadi risau apa, jangan bimbang, rezeki bukan datang dari manusia, semuanya Allah Penentu Segala. Jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu.
0 comments:
Post a Comment