14 Ramadhan 1431 H - Sastera adalah akhlak, estetika, keindahan, keagamaan, keutamaan, mengangkat tema-tema baru yang bermutu dan mengajak kepada sifat malu. Karya sastera yang baik ialah yang mengajak kepada akhlak yang mulia dan mencegah perkara-perkara yang hina.
...Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Sastera juga harus mendidik khalayak berfikir.
Sastera juga harus mendidik khalayak berfikir.
Kita dapat menimba banyak pengalaman orang lain dengan membaca. Apa sahaja bentuk atau genre buku, saya amat pasti semuanya bermanfaat kepada manusia, pastinya ianya turut bergantung kepada apakah niat asal kita membaca.
Membaca bagi saya amat penting.
Salah satu cara untuk memperoleh ilmu adalah melalui pembacaan. Namun begitu, harus diingat bahawa membaca bahan-bahan bacaan yang berbentuk picisan atau sastera murahan akan menjadikan kita terpesong dari jalan yang benar dan tergelincir dari lunas-lunas budaya baik yang dapat membina sahsiah diri.
** Kulit depan novel sejarah Islam berjudul Khalifah-Khalifah Yang Benar terbitan PTS Litera Sdn. Bhd. Klik di sini untuk infonya.
0 comments:
Post a Comment