15 Syawal 1431H - Khutbah Jumaat hari ini, 15 Syawal 1431 Hijrah (24 Sept. 2010) ,di Masjid al-Hidayah, Kampung Pandan Dalam menyentuh perihal kewajipan membebaskan Masjid al-Aqsa di Palestin. Kewajipan ini tertanggung di pundak semua umat Islam yang berjumlah lebih kurang 1.8 bilion orang.
Persekitaran Masjid al-Aqsa yang menjadi masjid ketiga paling suci bagi Islam juga turut merangkumi jerih perjuangan umat Islam Palestin. Sudah ramai yang syahid disana dalam usaha menghalau penjenayah, TERRORIS ISREAL dan penceroboh Yahudi yang menjarah tanah umat Islam.
Getir perjuangan umat Islam Palestin di Gaza dan di kawasan yang dijajah oleh YahudiIsrael lainnya juga disentuh oleh khatib dalam khutbah yang disampaikannya. Sesungguhnya aku terkesima dan tersentuh. Aku teringat kata-kata Ustaz Riduan Mohamad Nor yang pernah menyatakan bahawa beliau berasa dekat dengan Gaza dan perjuangan membebaskannya dari belenggu dan keganasan Zionis Yahudi yang dilaknat Allah itu.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) ada disebutkan bahawa pahala bersolat di Masjid al-Aqsa bersamaan dengan pahala 500 kali solat. Ini menjadi salah satu bukti bahawa betapa sucinya masjid yang pernah menjadi kiblat umat Islam tersebut.
Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.
Dalam bukuGaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Zionis Yahudi. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling pengecut dan barua!.
Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.
Dalam buku Palestin Tak Pernah Gentar yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., dinyatakan bahawa "buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara dua bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin."
Berkaitan: TERRORISME ISRAEL: Satu komentar dan analisa berkaitan doktrin Zionis Yahudi
Novel: Lagi kebenaran kisah Sabra dan Shatila di Palestin
Persekitaran Masjid al-Aqsa yang menjadi masjid ketiga paling suci bagi Islam juga turut merangkumi jerih perjuangan umat Islam Palestin. Sudah ramai yang syahid di
Getir perjuangan umat Islam Palestin di Gaza dan di kawasan yang dijajah oleh Yahudi
Dalam satu hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) ada disebutkan bahawa pahala bersolat di Masjid al-Aqsa bersamaan dengan pahala 500 kali solat. Ini menjadi salah satu bukti bahawa betapa sucinya masjid yang pernah menjadi kiblat umat Islam tersebut.
Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.
Dalam buku
Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.
Dalam buku Palestin Tak Pernah Gentar yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., dinyatakan bahawa "buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara dua bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin."
Berkaitan: TERRORISME ISRAEL: Satu komentar dan analisa berkaitan doktrin Zionis Yahudi
Novel: Lagi kebenaran kisah Sabra dan Shatila di Palestin
0 comments:
Post a Comment