Royalti petroleum: UMNO (Najib?) khianati amanat Tun Razak

Wang ehsan was used to fund the Crystal Mosque, a leaking swimming pool, a collapsed stadium, a collapsed school lab and a collapsed bus station, Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah said that on his twitter recently.

In explaining the national significance of royalty payments issue, Razaleigh added that, on the pretext of wang ehsan, RM15bil was taken without legal basis from Petronas and paid out to unauthorized parties instead of the Terengganu government.


“In Terengganu, RM15bil was channelled to various parties between 2000 to 2009 for the Monsoon Cup, Crystal Mosque and (the collapsed) stadium (Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium),” he said in his statement on twitter.


He added that the wang ehsan payments are quite likely illegal, and moreover, paid to the wrong party.


“Billions of wang ehsan money siphoned off illegally, not accounted for. People responsible should be investigated,” he said.


“If the agreement governing payment of royalties to states is void, so is the legal basis for existence of Petronas,” he added.


The former finance minister further stated tat the Petroleum Development Advisory Council as mandated by the Petroleum Development Act (PDA) must be convened to prevent further waste and corruption.


"Petronas has made serious mistake in paying out wang ehsan instead of royalty payments. No provision in the law for wang ehsan," he said.


He also commented those responsible for the corrupt practices not do work based on greed and to abide by the law while reminding to “let not what has happened to Terengganu's wealth recur with Kelantan” and that “the people of Kelantan are disdained”.


He further explicated that this (wang ehsan) was money the late former prime minster Tun Razak wanted for the poor and it is shameful that this money has been diverted into wang ehsan. He also recalled that it was Tun Razak who told him “in no uncertain terms to ensure that oil royalty payments would benefit the poorer Malay states."

"I feel sad and ashamed that, in this day and age, people have forgotten Tun Razak's care for the poorer states," he said.
(Original story from Malaysian Digest)

Konspirasi 2: Laporan Utusan Malaysia kotor dan jijik - Anwar Ibrahim

Konspirasi kes Anwar Ibrahim

Pihak Yahudi Israel dan Amerika Syarikat berkonspirasi dalam serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat.

Di negara kita pula ada juga konspirasi yang jahat diatur. Tepat jam 12.30 tengahari hari ini mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama peguam dilihat keluar dari kondominium Desa Damansara.


Sekitar jam 12.53 tengahari pula, kelihatan pendakwaraya, hakim serta Saiful Bukhari Azlan keluar dari kondominium itu.
(Sumber: TV Selangor)

RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN DAPAT DIPERBODOHKAN!

Royalti minyak: Tutup mulut jika tidak faham, wahai UMNO - Tun Salleh

Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Sehubungan itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat. "Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukannya dari kerajaan pusat. Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui oleh Malaysian Insider.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. "Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya," katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

"Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini," katanya.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, "itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri." Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

"Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini," ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak cakna terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

"Kalau kita tengok kes Terengganu, kes samalah begitu. Hingga sekarang masih belum selesai," katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

"Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?" soalnya. "Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka."

"Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas," katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Konspirasi Barat: Tun Mahathir pertahan kenyataan serangan WTC

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas perdana menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.


"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau di Pulau Pinang, Sabtu 23 Januari 2010. Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

Untuk kes ini, kenyataan Dr. Mahathir itu saya setuju.
Sudah lama saya memikirkan teori konspirasi ini. Walaupun ada pihak yang menempelak Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa beliau sengaja mengulangi teori yang sudah bertahun dilontarkan atas sebab-sebab tertentu, saya kira umat Islam mesti diingatkan dengan gerakan jahat Yahudi dan Barat.

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger