Ekoran daripada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wujud perancangan sulit di kalangan kumpulkan tertentu dalam PAS untuk mengubah pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh ulama.
Malah beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propaganda pihak lawan yang sentiasa merancang strategi untuk mencetuskan suasana panas dalam PAS bagi tujuan melemahkan perjuangan PAS selain mengalih tumpuan pendokong PAS daripada agenda yang sepatutnya.
Harakahdaily melaporkan Phahrolrazi Zawawi berkata beliau juga tidak menolak cerita yang disebarkan kononnya usaha sedang dilakukan untuk mengambil alih kuasa dari kepimpinan ulama dalam PAS itu juga strategi jangka pendek untuk memecah-belahkan ahli PAS menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor tidak lama lagi.
Zulkifli Noordin yang mendakwa adanya "perancangan sulit" itu apa tujuannya? Pening betul aku dengan ulah MP seorang ini. Katanya memperjuangkan Islam. Betulkah?
0 comments:
Post a Comment