skip to main |
skip to sidebar
PROLOG
4 Jamadilakhir 1432H - “Janganlah Tuanku menyekutukan Allah, Tuhan yang Esa. Sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar,” kata Aristotle kepada Alexander yang sedang berhadapan di tempat duduknya.
“Saya faham, mahaguru,” akui Alexander sambil menatap mata gurunya.
“Ingatlah, Tuanku bahawa kebaikan individu merupakan sebahagian daripada kebaikan negara kota. Sekiranya Tuanku berjiwa rakyat dan mengambil berat setiap perihal warga Macedonia ini, saya yakin Tuanku akan memerintah dengan baik.”
Aristotle meneruskan lagi curahan ilmu kepada bakal pengganti raja kerajaan Macedonia, “Kerosakan sesebuah negara bermula dari kebejatan etika dan moral para ahli politik dan pemerintah. Matlamat politik adalah bagi membentuk sebuah masyarakat bernegara yang lebih baik.”
Aristotle memerhatikan ketekunan anak Raja Philip itu membuat catatan di sekeping batu nipis menggunakan kapur dari bukit.
“Tuanku, warga kota seumpama para pelaut. Sebuah kota pula bagaikan perahu yang dinaiki mereka. Jadi, di dalam perahu itu setiap pelaut mempunyai tugas masing-masing yang mesti dilaksanakan. Dengan itu, dengan izin Allah, perahu akan sampai ke destinasi yang dirancang,” jelas Aristotle, guru yang berjanggut putih sehingga mencecah separuh dada itu dengan penuh tekun kepada anak didikannya, Alexander.
“Tujuan politik dan pemerintahan adalah bagi kesejahteraan manusia, Tuanku.”
“Apa maksud kesejahteraan manusia, mahaguru?” soal Alexander dengan mata bersinar penuh minat. Mahaguru Aristotle tersenyum sambil mengurut-gurut janggutnya bermula dari bawah dagu sampai ke hujungnya.
“Pemerintah yang baik adalah seorang yang menghabiskan sebahagian besar masa dan tenaganya bagi mempelajari kebaikan. Dengan ilmu tersebut, dia bukan sahaja ingin menjadi pemerintah yang baik dan patuh kepada hukum, malah bersedia menerima teguran dari rakyat sekiranya sesuatu keputusan itu boleh dipertikaikan.” Terangguk-angguk Alexander mendengarnya sambil membuat catatan ringkas.
“Tuanku sebagai Raja Macedonia bertanggungjawab memimpin warga yang jahil akan elemen-elemen kebaikan. Ini kerana jika kejahilan itu dibiarkan, ia akan mengakibatkan perilaku buruk kepada pelaut dan arah perahu tersasar. Ingat kata-kata saya berkenaan anologi pelaut dan perahu, Tuanku?” Jelas Aristotle sambil mengemukakan soalan supaya Alexander memahaminya. Alexander mengangguk tanda faham.
Seterusnya Aristotle menjelaskan akan hakikat tauhid kepada Tuhan yang Esa dengan berkata, “Tuhan menjelaskan agama yang paling baik ialah agama yang menyeru manusia untuk menyembah Allah sahaja, tiada Tuhan selain Dia, dan melakukan amal ibadat sesuai dengan perintahNya, bukan mengikut selera masing-masing tanpa panduan. Tuhan sangat tidak menyukai orang yang lari dari musuh dengan niat tidak mahu berjuang demi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Tuhan jelaskan manusia tidak boleh mengelak dari mati walaupun seseorang itu lari dari medan perang kerana mati adalah perkara nyata, walaupun manusia bersembunyi di sebalik halangan yang kukuh.”
“Okey, Tuanku. Cukup untuk hari ini. Kita sambung lagi pagi esok selepas matahari muncul.” Alexander lantas bangun dari lapik duduknya dan menyalami gurunya penuh hormat dan tertib.
“Sesungguhnya anak raja Philip ini bakal menjadi pemerintah yang agung,” monolog Aristotle sambil mengulum senyum senang.
---------------------------------------------------------------
Alexander yang dilahirkan pada tahun 356SM diamanahkan oleh Raja Philip kepada mahaguru Aristotle sejak tahun 343SM semasa puteranya berumur 13 tahun.
“Aristotle, beta berharap kamu dapat mendidik anakanda beta Alexander dalam segala bidang kemahiran yang kami miliki,” titah Raja Philip kepada Aristotle ketika baginda mengunjungi tempat persembunyiannya. Aristotle terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di suatu lokasi rahsia bersama isteri setelah ditangkap penguasa Asia Kecil bagi dibunuh.
“Baik, Tuanku. Saya sangat berbesar hati dengan undangan dari istana Tuanku,” akur Aristotle dengan wajah berseri-seri.
Aristotle diselamatkan oleh askar-askar Raja Philip dan membawa beliau ke istana Macedonia.
Telah banyak ilmu berkaitan politik, pemerintahan dan keagamaan Tuhan yang Esa dicurahkan oleh Aristotle. Mahaguru Aristotle adalah seorang lelaki beriman dengan berguru bersama mahaguru Socrates. Kedua-dua lelaki Mukmin itu bersama-sama mendukung ajaran agama tauhid Tuhan yang Esa Allah di dalam sebuah masyarakat yang diselubungi para penyembah berhala.
--- Akan bersambung, insya-Allah.
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
29 Jamadilawal 1432H - Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan Negara.
Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.
(Aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.)
Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.
Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.
Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.
Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.
Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?
Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?
Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?
Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?
Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?
Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.
Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.
--- Oleh Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
(Foto program di Sabah)

BEIJING, 2 MAY, 2011 - US President Barack Obama announced Sunday night that al-Qaeda mastermind Osama bin Laden has been killed by US military operation and is confirmed dead. The following is a profile of Osama, reports Xinhua news agency.
Al-Qaeda leader Osama bin Laden, a Saudi-born multimillionaire, was branded by Washington as the "prime suspect" behind the Sept 11, 2001 terrorist attacks on the United States and wanted "dead or alive." Since then, he was seen as face of global terrorism.
Osama, born in Jeddah, Saudi Arabia, in 1957, is the 17th child of a Saudi construction tycoon whose family dominated housing and civil engineering in Saudi Arabia.
Osama, educated in Jeddah as a civil engineer, was a giant in the construction sector in his own right. He has an estimated fortune of US$400 million. He was reported to have at least three wives and more than 20 children.
Osama worked for his father's company before joining in 1979 the US-backed Jihad, or "Holy War," against Soviet occupation of Afghanistan, where he founded the "al-Qaeda" military base camp and training centre in 1988.
He moved to Saudi Arabia after Soviet troops pulled out of Afghanistan in 1989 and left in the following year for Yemen in disappointment as Saudi Arabia allowed US troops in to attack Iraq in the Gulf War. He went to Sudan after the end of the Gulf War.
Stripped of Saudi citizenship for allegedly channeling fund for terrorism activities in 1994, Osama has since been living in Afghanistan. Pulling together several Islamic extremist organizations from different countries and regions, he turned the al-Qaeda network into a nucleus in the campaign of driving Americans and Israelis out of Arab territories.
He was blamed by the United States for bomb attacks on US barracks in Dhahran, Saudi Arabia, in 1996, on American embassies in Kenya and Tanzania in 1998 and on a US warship in Yemen in 2000. He was on the US wanted list of terrorist in 1999 with a reward of US$5 million. Osama denied involvement in any of the attacks.
The United States stormed Osama's al-Qaeda network and its Taliban host in Afghanistan after declaring Osama as the prime suspect for the Sept 11 attacks in 2001.
-- Bernama.
28 Jamadilawal 1432H - Alhamdulillah! Salah seorang pimpinan harakah Islam PAS mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC (bangunan atau lubuk UMNO!). Tahniah, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. Saya suka.
Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger