Pihak saya menerima panggilan dari pejabat Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang. Pegawai mengarahkan saya dan adik balik tandatangan satu surat menyerahkan ladang kelapa sawit kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Tolong khabarkan kepada pejabat Kota Gelanggi 1, langkah mayat saya dahulu kalau suruh saya tandatangan!
Seramai 112,600 orang peneroka / waris tanah di seluruh negara, 317 tanah rancangan bakal dicagarkan selama 99 tahun. Saya tidak lapar dengan durian runtuh. Warisan dan hak menjadi taruhan sekujur tubuh. Berpuluh tahun aruah ayahanda dan bonda mengusahakannya, senang-senang mahu dicagarkan! Tidak!
1 comments:
"Kalau engkau berasa untuk berbuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya" - Sayidina Umar al-Khattab
Post a Comment