Ramadan bulan al-Quran, baca dan tadabbur

Isi tazkirah di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam tadi (29 Julai 2012) menarik hati saya justeru ustaz menyentuh berkenaan tabiat membaca kita.

Beliau menekankan betapa perlunya kita membaca dan seterusnya mentadabbur al-Quran setiap masa, terutamanya di bulan Ramadan yang dikenali salah satunya sebagai bulan al-Quran.

Kita sanggup membeli untuk anak-anak novel fantasi Harry Potter sehingga 7 jilid, dalam bahasa Inggeris lagi. Beliau berkata, anak kita (juga kita) tidak mahu membaca Harry Potter dalam bahasa Melayu justeru tidak umph, tidak rasa berdesup, siap rujuk kamus bagi memahaminya. Sebab itu ramai yang kena rasuk kerana baca novel tentang sihir.

Kalau kita mentadabbur al-Quran sedemikian rupa, bukankah sangat elok. Al-Quran akan menjadi syafaat di alam akhirat.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger