Beberapa catatan PBAKL 2013 di PRU ke-13 (foto)

Dalam posting Facebook, beberapa hari hanya bicara berkenaan PBAKL 2013, tiada ketukan politik kepartian. Walaupun demikian, dunia perbukuan dan membaca buku pun tetap dalam ruang lingkup politik. Justeru politik itu kehidupan kita, mesti bijak memilih.

Sungguh saya tidak ingat. Apa yang saya bebelkan sehingga penulis prolifik Tuan Hilal Asyraf dan Tuan Nasri Nasir dari bahagian promosi Galeri Ilmu Sdn Bhd tersenyum. Tahniah untuk penulis Tuan Hilal Asyraf. Tuan hebat! (Foto atas) 

Banyak kali sudah saya sebut. Menulis juga harus fikir agar tidak bercampur baur antara dosa dan pahala. Minyak dan air tidak akan bercampur, molekul berlainan.

Terkesan dengan catatan seorang penulis. Apa sebab ada kategori 'novel berat', kononnya? Mengapa dikatakan berat? Isinya yang memacu pemikiran? Andai itu ciri 'novel berat', maka tumpullah pemikiran kita.

Mahu dodoikan remaja Melayu-Islam dengan novel / karya remeh? 'Novel berat' diperlihatkan seolah-olah tidak laku, tidak boleh buat duit. Jadi dodoikan pemuda dan pemudi Melayu-Islam dengan karya sarat angan-angan, penuh sandiwara? Aduh bangsaku!

Pada hemat saya, ia persepsi minda. Berat atau ringan, tertakluk kepada pemikiran. Mudahkan, jangan susahkan.

Insya-Allah, ini contoh remaja srikandi Islam. Siapa kata remaja Melayu tidak membaca novel yang memacu minda dan perlukan taakulan hebat? (Foto kiri dan bawah).

Doa saya bersama mereka, justeru mereka juga seumpama anak-anak saya yang sewajibnya disajikan dengan bahan bacaan yang bermanfaat. Usah diracun minda fikir mereka dengan novel air mata murahan, tanpa asas membuatkan mereka Berfikir Gaya Champion.

Semasa berceloteh mengenai buku addin 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) bersama Tuan Roslan Isa, saya ditegur oleh wanita dari Singapura. Beliau ialah Puan Sharifah Mohamed. Setelah berbual sambil menerangkan apa isi kandungan buku ini, beliau berkata, "Selain kontennya, judul Sup Champion ini menggamit minat. Judulnya menarik. Saya suka acara bersama penulis seperti ini." Lantas beliau membeli dan saya autograf.  (Foto bawah)

 
(Foto kiri) Saya serius, Ustaz Zahiruddin Zabidi tergelak besar. Saya memegang buku karya terbaharu beliau - Cerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang Wanita. Siapa Kak Wan? Beliau ialah isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ustaz pecinta wanita. Dapatkan buku panas ini di PBAKL 2013 yang bakal berakhir pada 5 Mei, hari penentuan sebuah Malaysia.

Adik penulis saya, Tuan Firdaus Shahidin, dari Kuantan. Buku beliau bersama MUST READ SDN BHD berjudul Harta yang Menyeret ke Neraka. Ya, kumpullah harta sebanyak manapun, boleh dan halal. Namun barang diingat, harta melalui jalan halal pun masih tetap membawa pengumpulnya ke neraka. Saya syorkan baca buku tidak berapa tebal ini, tetapi sarat tarbiah, insya-Allah. (Foto bawah)

(Foto bawah) Sahabat pembaca ini datang dari Kuantan, Pahang untuk dapatkan novel Konstantinopel: Kibaran Panji Al Fateh. Tidak dapat masuk ke booth Galeri Ilmu Sdn Bhd kerana sendat. Lalu beliau datang menemui saya di booth MUST READ SDN BHD. Teringat ada satu naskhah novel ini dalam beg sandang, lalu berikannya kepada beliau (dijual). Hari ke-2 PBAKL 2013, PWTC.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger