Ada orang kata, "Aku tak suka politik!"
Aku tanya, "Politik itu apa?"
"UMNO atau PAS."
Untuk kawan itu, ini untuk kamu.
Hidup ini politik.
Belajar, membaca dan menulis itu politik.
Memerintah negara itu politik.
Solat berjemaah itu politik.
Makan, minum, nikah, bersunat, berjalan .. itu politik.
Kencing dan berak juga politik.
Politik ... tanya al-Quran dan Rasulullah.
Dulu ada orang tanya aku di Jerantut, "Ayah sokong PAS?"
Aku jawab dengan selamba, "Ya, YB."
"Cakap dengan ayah, kalau nak sembahyang pergilah ke
masjid. Tak payah berpolitik."
Solat di masjid pun politik.
Namun politik Islam bukan setakat pergi ke masjid dan bersolat.
Solat itu sebenarnya sebuah anjuran politik yang punya erti besar.
Bahawa hamba-Nya perlu berjuang menegakkan kemanusiaan, memilih untuk kebaikan.
Mengapa Rasulullah berperang melawan kafir
Quraisy?
Justeru, itulah politik.
Mengapa Rasulullah berziarah jiran Yahudinya?
Justeru, itulah politik.
Bangsa Yahudi tidak salah sebagai Yahudi. Yang salah ialah mereka
mengubah kitab Taurat dan bersekongkol dengan politik kepalsuan.
Seorang tua berkata, "Pak cik suka PAS ini. Mengajar orang fasal
Islam, dosa dan pahala.
"Aku bertanya, "Pak cik pangkah parti mana?"
"BN."
Islam hak semua manusia, bahkan hak semua makhluk. Semua roh mengaku Islam agamanya dan Allah tuhannya.
"Aku bertanya, "Pak cik pangkah parti mana?"
"BN."
Islam hak semua manusia, bahkan hak semua makhluk. Semua roh mengaku Islam agamanya dan Allah tuhannya.
Cuma Allah sediakan syurga dan neraka.
Allah sediakan syurga dan neraka ada sebabnya. Allah melaknat kaum
Yahudi yang mengubah Taurat, juga ada sebabnya.
Sebab itu saya katakan, mahu lihat politik - fahami al-Quran dan sunnah Rasulullah (SAW).
Sebab itu saya katakan, mahu lihat politik - fahami al-Quran dan sunnah Rasulullah (SAW).
Mengapa Raja Zulqarnain alias Alexander bin Philip bebaskan Timur dan
Barat?
Mengapa Sultan Muhammad Al-Fateh bin Murad menggempur Konstantinopel?
Mengapa Rasulullah menyebut perihal kota Konstantinopel?
Itulah politik!
0 comments:
Post a Comment