BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon



Gasconi Toure memandang semua yang ada seorang demi seorang. Masing-masing tidak bersuara, tekun mendengar kisahnya. Seorang lelaki paling tua memberi anggukan agar dia terus bercerita.

“Eksperimen meledak menjadi petaka. Dari gurun Nevada yang rahsia itu, kumpulan awan partikel nano atau robot mikro lolos dari makmal. Kumpulan awan itu bersifat boleh bertahan sendiri dan boleh membiak. Ia unsur nano AI super dan boleh belajar dengan sendiri. Dengan bahasa mudah, ia ‘hidup’.

“Diprogram untuk memburu ... dan membunuh. Ia boleh berkembang biak dengan pantas, semakin berbahaya setiap jam berada di udara. Eksperimen rahsia dengan matlamat hasilkan senjata massa untuk matikan nyawa secara senyap agar tidak dapat dikesan apakah penyebabnya. Itulah harapan pihak yang berikan dana penyelidikan. Pihak tentera Amerika Syarikat.”

Seorang ahli bertanya, “Mereka hasilkan senjata biologi dan mekanikal?”

Gasconi Toure mengangguk.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger