Kitab Al-Yaqin – Allah Bersama Kita


Menurut al-Munawi, keyakinan hilang kerana kecenderungan hati kepada makhluk. Semakin jauh kadar kecenderungannya kepada makhluk, semakin jauhlah ia daripada Tuhannya. Semakin jauh dari Tuhan, semakin lemahlah keyakinannya. Yakin itu adalah ilmu yang menetap di dalam hatimu. Ia menghasilkan ketenangan, percaya kepada Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Orang yang bijaksana pasti dapat memahami hikmah takdir Ilahi, dengan izin Tuhannya. Orang yang dapat memahami hikmah takdir Ilahi pasti dapat mengambil pelajaran, juga dengan izin Tuhannya. Jika dia yakin dengan ketentuan Allah Taala, dia pasti menjadi orang yang bersabar. Allah memberi khabar gembira kepada orang yang bersabar.
*****************

Kitab al-Yaqin merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang telah ditulis oleh seorang ulama salaf yang agung bernama Ibn Abi al-Dunya (w. 281H).

Dalam kitab ini, pengarang telah mengumpulkan sejumlah hadith, athar dan riwayat yang membincangkan tentang yakin, kepentingannya dan bagaimana kaedah untuk mencapainya.

Melihat keutamaan isi kandungan buku ini, dengan izin Allah SWT, saya mengambil inisiatif untuk menterjemahkan dan membuat sedikit syarahan terhadap hadith dan athar yang terkandung di dalam kitab ini agar dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada umum.

Buku ini diharap menatijahkan kesan yang baik terhadap pembaca dalam soal memahami maksud sebenar tentang yakin, sekali gus mengajak para pembaca menyedari peri pentingnya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dalam segenap aspek terutamanya dalam soal beragama.

Saya berharap agar sedikit usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi batu asas dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai iman yang teguh, keyakinan yang utuh dan kukuh, seteguh karang di lautan. Saat mehnah membadai, berbekalkan iman dan keyakinan yang tinggi, pembaca masih tetap tegap mengemudi bahtera kehidupan berteraskan akidah yang mapan.

Buat para pembaca yang budiman, saya berharap agar kalian dapat mengambil manfaat daripada karya ini. Ketika kalian membacanya, jika kalian mendapati ada kelemahan, kurang ketepatan dalam penterjemahan atau kesalahan fakta dalam membuat syarahan, maka jutaan kemaafan saya pohonkan, dan saya memohon jasa baik para pembaca yang budiman untuk memaklumkannya kepada saya sendiri, atau kepada pihak penerbit. Sesungguhnya, segala yang baik itu datang daripada Allah SWT yang Maha Sempurna. Sebaliknya, segala kekurangan dan kesalahan fakta itu berpunca daripada kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang manusia.

-- Al-Faqir Mohd Nor Adzhar bin Ibrahim, penulis Syarahan Kitab Al-Yaqin.


** Hubungi saya (Web Sutera) untuk memiliki kitab ini, bersama kombo/pakej kitab Amalan Orang Soleh oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll, dan ebook percuma DIARI MAT KATERER.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger