Saya maklum terdapatnya sekumpulan pembaca bukan-Muslim yang membaca karya-karya saya seumpama Perang Armagedon dan Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh. Saya tahu sama ada melalui pembaca itu sendiri yang memberi komen atau ada makluman dari pembaca Muslim bahawa ada kawan atau orang bukan Islam yang tidak dikenali membacanya.
Saya juga memperoleh maklumat ada alasan tertentu pembaca bukan-Muslim membacanya.
Dan setiap kali saya tahu, maka secara langsung pada ketika itu (di dalam hati) atau melalui luahan perkataan, doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar pembaca itu diberi hidayah oleh Allah untuk kembali kepada fitrah Islam.
Alhamdulillah. Masya-Allah, tabarokallah. Dua hari lalu, salah seorang pembaca itu menghubungi saya melalui messenger FB, memberi maklum bahawa dia sudah memeluk Islam (kembali kepada fitrah kejadian asal).
Dia, antara lain, menyatakan terima kasih kerana saya menulis satu kisah yang membuka pintu hatinya untuk melihat Islam secara lebih mendalam dan saksama, tanpa prejudis. Membaca karya yang bagus menjadi asbab dia kembali kepada fitrah.
Allahu-Akbar!
Dia pembaca novel Perang Armagedon.
Antara kandungan penceritaan siri novel ini, antara lainnya, ialah:
fiqh Islam mengenai peperangan;
fiqh siyasah syari'yyah (politik) yang ada dalam Islam, untuk sisi sesama Islam dan bersama orang-orang bukan Islam;
fiqh pergaulan dan muamalah di kalangan Islam dan bukan Islam;
fiqh perdamaian dan persahabatan dengan orang bukan Islam;
sebarkan cinta di kalangan manusia sejagat tanpa mengira batas negara bangsa.
Dalam cerita perang fizikal dan perang doktrin yang terpaksa didepani oleh umat Islam itu, saya menanam rasa kebersamaan dan cinta sesama manusia.
----------+---------
Insya-Allah ketiga-tiga siri armagedon ini akan saya satukan dalam sebuah karya khas berkulit keras, dengan perubahan di sana-sini dan kemungkinan ada bab-bab tambahan atau penambahan cerita atau sekuel seterusnya.
Andai selama ini tuan dan cikpuan menyokong dan boleh membaca ketiga-tiga siri armagedon yang ada, maka saya memanggil semua kalian agar bersedia dengan suatu edisi khas siri armagedon dengan judul ORKESTRA ARMAGEDON, insya-Allah.
Insya-Allah karya tebal (1,000 muka surat?), sarat emosi dan perjuangan.
----------+----------
1) “Penggunaan bahasa yang tinggi dan baik, pelbagai kosa kata dapat ditemui dan dipelajari. Buku ini bermanfaat melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh penulis, iaitu berjihad melawan doktrin Yahudi Zionis-Israel dan sekutunya.”
– Law Wei Kiat, Kelantan
2) “It’s fast-paced, action packed and has lots of important passages too.”
– Asafia, Negeri Sembilan
3) “I love how the writer shows the real face of the cruel and wicked Israel (Zionist) with their evil plans and how America is completely related to it. Such a great read. Thank you. I've also gained tons of new useful knowledge. Alhamdulillah and thank you once again.”
– Sarah Azahar, Goodreads
Web Sutera, novelis yang degil!