Showing posts with label Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Muhammad. Show all posts


Tidakkah manusia mengetahui bahawa anak merupakan anugerah Allah yang mesti dijagai sehingga besar? Anugerah yang diberikan adalah sebuah tanggungjawab. Takut rezeki kurang lantaran ada anak? Mana belajar mengenai tuduhan tersebut? Itu adalah budaya Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Ajaran dibawa oleh Nabi Muhammad mengandungi kasih sayang dan cinta sesama manusia dan binatang. Setiap anak yang lahir sudah ditentukan rezekinya.

Sekiranya alasan membuang anak ialah kerana hasil dari perhubungan luar nikah, mengapa anak pula yang dipersalahkan? Malu? Tahu pula perasaan malu, tetapi melakukan perhubungan yang diharamkan oleh budaya dan agama tidak pula malu. Itulah manusia yang tidak sedar diri.

**********

Umat Nabi Muhammad (Sallallahu alaihiwasallam) dilarang keras berdoa untuk mempercepatkan kematian, kecuali dalam beberapa keadaan paling kritikal. Mengapa begitu? Ia justeru kerana Allah dengan cinta-Nya amat suka sekiranya kita memohon keampunan dalam ketaatan.

Dari sudut ini, Abu Laits as-Samarqandi menulis, “Mengejar ajal (kematian) bererti bersiap-siap dengan amal kebaikan, menjauhi larangan-larangan Allah, dan selalu meminta-minta kepada Allah bagi kekuatan jiwa dan seterusnya mencapai kematian yang baik pada akhir kehidupan.

* Dipetik dari TAKDIR DAN TADBIR ILAHI, sebuah ebuku.

** Sudikan untuk memuat turun dari Shopee.com.my/websutera.

REMPIT AL-FATEH, USAH LETIH


Khusus untuk kamu ... ya kamu para pembaca yang saya kasihi. Semoga tinta dari singkapan aksara-aksara ini bisa mengetuk pintu, boleh memetik buah ranum, dapat memberi kekuatan iman, dan akhirnya menyatu kita di dalam Islam.

Terima kasih kepada semua tenaga kerja di Jootawan kerana sudi menyantuni buah-buah fikir insan daif di sisi Allah ini, cekal melayari bahtera iman dan bersedia ke hadapan dalam mendepani zaman dalam bidang penerbitan.

Untuk anak-anak bangsa, kita merempit dalam iman agar nanti mati kita juga dalam iman. Rempit bukan mencari sakit dan penyakit, melainkan untuk meluaskan mana yang sempit. Hati sempit, jiwa sakit. Jiwa sakit, dunia menjadi sembelit.

Saya doakan agar semua pihak beroleh manfaat dari nukilan iman dan amal ini. Sebarang maklumbalas, sudikan hubungi penerbit atau terus kepada saya melalui media-media yang saya nyatakan di bawah.

Wallahua’lam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berilmu.

**********

Saya mengajak pembaca untuk merempit. Tapi seharusnya merempit dalam iman, merempit untuk Islam, dan merempit dalam memperbaiki diri sendiri. Sering kita sebut pada bulan Ramadhan, terutamanya di sepuluh malam terakhir, seperti “Jom kita rempit ke masjid! Untuk qiam di 10 malam terakhir.”

Khas untuk buku ini, jom kita merempit gaya Al-Fateh! Banyak yang boleh kita ulas, tafsir dan mengambil ibrah (teladan dan pengajaran) dari kehidupan Sultan Muhammad Al-Fateh serta kepimpinannya. Sejarah tetap sejarah, insya-Allah ia bakal berulang. Justeru suruhan Allah agar ‘berjalan di atas muka bumi’ ini.

Pendekatan saya mungkin berlainan untuk siri buku motivasi ini. Seperti buku yang terdahulu, masih santai, namun saya cuba padatkan agar kita lebih seronok menelaahnya. Saya selang-selikan dengan kisah, ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, kisah para Sahabat dan kisah umat terdahulu, serta pantun, tamsil, peribahasa dan puisi.

Semoga para pembaca dapat menyerap rencam penulisan - debar dan tenang, sayu dan gembira, gertak dan kasih sayang.

BACA DI SINI.

Web Sutera / Hizamnuddin bin Awang
www.instagram.com/websutera
http://pasalbuku.blogspot.com
http://buanadunia.blogspot.com
http://suteranovel.blogspot.com

Cinta Nabi Muhammad kepada kita

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,


Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”, tanya Nabi Muhammad.


"Jangan kuatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?", tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – (ertinya) : Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku".

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

** Nota: Bab, episod atau saat kewafatan Nabi Muhammad bin Abdullah
(Sallallahhu’alaiwasallam) merupakan satu peristiwa yang saya tidak suka membacanya tatkala sampai di penghujung setiap buku sirah manusia agung ini. Namun itulah yang pasti.

Susuk insan itu sudah tiada. Apa yang tinggal? Al-Quran dan sunnahnya.

Berkaitan:
Sorotan sirah Nabi Muhammad dalam Biografi Muhammad bin Abdullah memudahkan pemahaman

(Kulit depan buku Prophet Muhammad and His Miracles oleh Badiuzzaman Said Nursi. Tidak kenal? Baca di sini)

Biografi Muhammad bin Abdullah memudahkan pemahaman

8 Ramadhan 1431 H - Antara sorotan yang boleh diambil iktibar dari buku ini ialah Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah penting. Dengan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.

Walaupun terdapat banyak buku dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan Inggeris dalam pasaran yang menumpukan kepada kehidupan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), membaca Biografi Muhammad bin Abdullah ini akan membuka minda bagi meneliti sirah yang lebih terperinci, insyaAllah.


BACA PENUH.


Perarakan menyambut kelahiran Nabi Muhammad, putar belit oleh UMNO

(PTS Publicatons & Distributors Sdn. Bhd dengan bangga melancarkan promosi besar-besaran sempena Maulidur Rasul 1431 H. Berbeza dengan sambutan-sambutan seperti ceramah dan perarakan secara besar-besaran, PTS kali ini mengajak orang ramai mengenali peribadi Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) serta menghayati perjuangnya sekaligus mencontohi segala amal perbuatan beliau. Info seterusnya.)

I am not sure of the reasons about the hoo-has surrounding the 'decision NOT to have the Maulidur Rasul march' this year in Penang.
Maulidur Rasul marches have one overriding aim in mind- that of publicly showing our love to the Prophet and showing to the world, that here in Malaysia, we are good Muslims. Good Muslims march in processions. BACA LAGI....

I Won Muhammad Without Losing Jesus

My name is Manuela-Mirela. I am my parents' only child. My childhood in Bucharest was beautiful and peaceful, as I used to travel with my parents throughout Romania. I excelled in my studies both at school and in college (I majored in chemistry). I was raised in a Christian Orthodox family which was not particularly religious. But we always believed in the existence of God.

I married a Muslim from occupied Palestine, and thanks to him that I became acquainted with Islam. Eventually, I decided to embrace Islam following an extended tour to several Muslim countries including Jordan, Syria, Iran, Pakistan, Malaysia and Indonesia. I declared the Shahadah, the article of faith, (I bear witness that there is only one God and that Muhammad is His messenger) in Iran in 1991.


Read:
I Won Muhammad Without Losing Jesus

Kes ‘kepala lembu’ ekstrem: Mahyuddin ahli PAS?

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut kelmarin masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedah siasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23. Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

What?! You
ahli PAS? Betulkah saudara Mahyuddin? Jika benar apahal saudara melatah bagai hendak rak ini? Ada PAS dan Islam mengajar sebegitu?

Saudara Mahyuddin, pergi mengaji dan baca Quran dulu. Jangan hanya pakai kopiah putih tidak tentu hala!
Jangan jadi MELAYU tapi jadi orang ISLAM!

Berkaitan:
Persoalan Kuil Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris
Islam itu persahabatan


Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah kelmarin di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi semalam (29 Ogos 2009), Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.


"Mana-mana tempat yang dia hendak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, polis perlu bertindak.


"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," kata Khalid.


Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama Hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.


Saudara Mahyuddin, baca Quran ayat 108 dari Surah al-An’aam. Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

Untuk saudara Mahyuddin dan para demotrans juga, ini khusus untuk saudara. “Saya mungkin ekstrem dalam mengamalkan ajaran Islam. Tetapi saya tidak ekstrem dalam tindakan yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam) dan Allah.”

Nabi Muhammad dalam Bible, secebis kisah

“Orang-orang yang Kami berikan al-Kitab, mereka mengenal Muhammad seperti mengenali anak-anak mereka sendiri.” (Surah al-Baqarah ayat 146).

Di dalam Bible, Nabi Muhammad (Sallallah-hualaihiwassallam) dikenali sebagai Paracletos atau the Comforter. Dalam Gospel St. John pada bab 16 ayat 7 disebutkan berkenaan perkataan Nabi Isa:

“Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: for if I go not away, the Comforter (the Paracletos) will not come unto you; but if I depart, I will send him unto you.”
Terjemahan: “Tetapi apa yang aku katakan kepada kamu benar: Demi kebaikan kamu, lebih baik aku pergi. Jika aku tidak pergi, penolong itu tidak datang kepada kamu. Tetapi jika aku pergi, aku mengutus dia kepada kamu.”

Dalam Gospel yang sama pada bab 14 ayat 16 disebutkan:
“And I will pray the Father, and he shall give you another Comforter (Paracletos), that he may abide (stay) with you for ever"
Terjemahan: “Aku minta kepada bapa dan Ia memberikan kepadamu seorang penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran.”

Di dalam Bible terdapat juga ayat-ayat yang menceritakan kejadian di Gua Hira. Dalam English Version of the Authorised Version of the Bible, pada bab Isaiah 29:12 disebutkan:
“And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I am not learned.”
Terjemahan: “Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, “Baiklah baca ini,” maka ia menjawab: “Aku tidak dapat membaca.”

P/s: Saya memiliki 2 naskhah Bible di rumah. Saudara bagaimana?
Berkaitan: Who changed the Bible?


Islam wajib bela kematian Teoh

Umat Islam Malaysia dan pimpinan Islam dalam Pakatan Rakyat WAJIB membuat pembelaan terhadap kematian mendiang Teoh. Jangan harapkan UMNO dan kerajaan BN Malaysia.

Lihatlah wajah-wajah muram dan berduka ini. Islam WAJIB BELA MEREKA. Itulah ajaran Islam yang sebenar, bukannya Islam tampalan UMNO.

Berkaitan: Islam itu persahabatan

Indahnya hidup bersyariat – Ismail Kamus

Seorang sahabat saya memberitahu buku terbaharu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid berjudul Indahnya Hidup Bersyariat laku keras di Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam ketika ini.

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.


Pertama kali saya melihat buku ini ialah semasa sesi katering di Jobstreet.com di Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 29 Mei 2009. Seperti biasa jika saya ke sana, saya tidak akan lepaskan peluang ke Pustaka Mukmin dan Minerva. Semasa di Pustaka Mikmin saya membelek-belek melihat isi kandungan buku ini. Ternyata menarik.


Alhamdulillah, walaupun ilmu fardu ain yang wajib untuk diri sendiri dan keluarga sudah saya ketahui dan amalkan, ternyata ilmu fardu kifayah saya agak kurang. Tarikan utama buku Indahnya Hidup Bersyariat ialah desain kulit, susunan bab-bab, reka letak isi kandungan dan gaya persembahan. Banyak gambar sebenar dipaparkan bagi memudahkan pembacaan dan terus dipraktikkan.


Buku terbitan Telaga Biru ini berhalaman 307 dengan harga RM55.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM57.00 (Sabah & Sarawak). Pastinya agak mahal, tetapi berbaloi dengan kertas berkilat yang digunakan dan persembahan buku berkulit keras yang kelihatan ‘mewah’.


Berkaitan: Teguran kepada ahli dan penyokong PAS -
Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?

Hagemoni UMNO: Hidup dan keris Melayu tidak untuk Malaysia

Azmin Ali called on Malay Malaysians to reject Malay leaders who are corrupt, such as former Selangor Menteri Besar Khir Toyo, and put their trust on clean leaders, even if they are non-Malay.

UMNO is a racist party that had divided and ruled Malaysia for more than 50 years by playing, albeit dangerously, the communal cards, said Parti Keadilan Rakyat leader Azmin.

Umno masih terus dengan agenda hagemoni Melayunya, seperti kata bekas menteri dalam negeri yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid, “Umno dan pentadbiran kerajaan perlu mempunyai strategi politik agar orang Melayu tetap terus setia dengan parti itu dan tidak berpaling kepada parti lain.” Sila baca di sini untuk laporan penuh.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata, “Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan ‘hidup Melayu’ dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari dari Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu.”

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi bin Awang pernah berkata, “Sikap PAS adalah jelas melalui kenyataan-kenyataan saya dan ucapan-ucapan saya iaitu ketuanan ini bukan hanya milik orang Melayu tetapi milik semua kaum.

Kalau kita bincang soal ketuanan, ia mestilah ketuanan semua kaum, tak kira Melayu, Cina dan India atau kaum-kaum lain kerana mereka ini juga rakyat negara ini. Jadi PAS lebih ke arah memperjuangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan satu kaum sahaja.

Oleh kerana majoriti rakyat adalah Islam maka dalam soal ini PAS tetap dengan pendirian kepimpinan Islam. Tetapi bukan bermakna kita akan meminggirkan agama lain. Kita menghormati agama lain dan penganutnya cuma kepimpinan yang PAS perjuangkan adalah kepimpinan Islam kerana ianya sudah menjadi dasar kita.”

Berkaitan: Satu Islam, bukannya Satu Malaysia – Hu Pang Chaw

Sahabat, apa yang saya mahu ialah Islam memimpin, bukan sahaja untuk umat Islam malah semua bangsa dan agama di Malaysia. Berbeza pendapat di kalangan pimpinan PAS dan pelbagai etnik di negara ini bukan faktor penghalang untuk kita melihat sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang prihatin.

Cuma saya sangat berharap para pemimpin PR jangan terlalu emosional dalam mengemukakan pandangan masing-masing, termasuk PAS. Cari titik persamaan, bukan perbezaan yang dibesar-besarkan. Jangan ikut arus komentar akhbar perdana yang dimiliki oleh kerajaan BN. Ini benar untuk semua akhbar, sama ada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina.


Satu perkembangan terkini yang amat menarik ialah kesediaan PAS bagi menyerap Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu dewan dalam harakah Islam itu. Baca di sini dan di sini.

Selamat hari lahir ya Rasulullah!

Sungguh Muhammad

Sungguh Muhammad itu Pesuruh Allah
dia manusia teladan sepanjang zaman
dia Rasulullah pengakhir para nabi dan rasul
Rasul pembawa rahmat seluruh alam;
Walau ada manusia seolah dengki akan peribadinya
sejarah tidak pernah lupa menekat rakam
zaman terus berlalu dengan sirah merangkum seluruh era

Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan;
namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah

Wahai pemimpin yang unggul
seluruh umat bahkan semua kehidupan menjadi amanahmu
engkau hadapi cabaran berdarah penuh cekal
tawakkal dengan rahmat Allah
engkau pemaaf umat Quraisy dan Thaqif
engkau penyayang umatmu
sedang engkau di hujung nyawa

Pesanmu “Aku tinggalkan Kitab Allah dan Sunnahku”
itulah khutbah terakam
dalam lipatan sejarah

terus mempedoman manusia seluruh alam

Apa dia masjid tewas, gereja juara?

Sahabat, ada satu cerita amat menarik mengenai kebersihan. Islam mengajarkan penganutnya tentang peri pentingnya menjaga kebersihan, sehingga Nabi Muhammad berkata bahawa jika tidak menyusahkan umatku, nescaya setiap kali ingin sembahyang, kita diwajibkan menggosok gigi.

Tetapi mengapa tandas di masjid kotor, kalah dengan tandas di gereja? Baca di sini: Masjid TEWAS, gereja JUARA!
untuk cerita penuh. Di sini saya ambil keratan-keratan cerita sahabat saya ini.

Tidak salah kita ambil contoh ciri kebersihan tandas di gereja di Sitiawan tersebut.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah orang tua aku di Taiping, beberapa hari yang lalu, anak - anakku mengalami cirit - birit. Jadi boleh dibayangkan kesukaran yang aku tempohi. Memang sedari awal aku telah merancang perjalanan mengikut 'jalan dalam' melalui daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Boleh dikatakan 5 buah masjid yang aku gunakan kemudahan di dalamnya.
Kelima - lima masjid aku kategorikan sebagai - TERUK dan TIDAK MEMUASKAN!

Sepatutnya, sebagai sebuah masjid. Ini adalah 'institusi' yang perlu dan mesti terkehadapan dalam menunjukkan contoh dalam aspek KEBERSIHAN.


Yang paling mengaibkan. Cuma ada sekali sahaja aku terpaksa berhenti dan singgah di sebuah gereja. Itupun sebab aku melihat pintu gereja terbuka, dan anak aku sudah tidak tahan lagi untuk buang air besar.


Aku berhenti di sebuah gereja di daerah Sitiawan.
Aku memohon kebenaran untuk berhenti dan menggunakan kemudahan tandas mereka. Memang mengejutkan, tandas mereka begitu bersih, lengkap, kemas dan CANTIK !

Bukannya hendak menyatakan bahawa tandas di dalam gereja itu seperti dalam hotel.
Tetapi, bila melihat keadaan tandas yang sebegitu rupa, aku dan seluruh ahli keluarga terus sahaja menggunakan tandas itu. Memang SELESA !

Nabi Muhammad dalam kitab agama Buddha

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud sage yang dapat diertikan sebagai ‘seorang yang amat bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadangkala istilah ini digunakan dengan maksud nabi. Gautama Buddha, pengasas agama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha pada akhir zaman. Antim bermaksud yang terakhir, lantas Antim Buddha bermaksud nabi yang terakhir.

Di saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya yang bernama Ananda, “O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teachings of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach the truth, as I have taught the truth. He will give the world a way of life which will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be MAITREYA. (Daripada Gospel of Buddha oleh Carus halaman 217)


Baca artikel penuh

Nabi Muhammad dalam kitab Hindu

Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit dari Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab Veda dan Purana (kitab agama Hindu) dengan empat nama dan gelaran iaitu:

- Narashangsa (
The Praised) – Yang Terpuji.
- Antim Rishi (
Final Sage) – Utusan Terakhir.
- Kalki Avatar (
Sage of the Last Period) – Utusan Akhir Zaman
- Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad) – Muhammad dan Ahmad.


Veda juga menceritakan sifat-sifat utusan akhir zaman ini. Sebagai contoh dalam Atharva-Veda disebutkan:



(1) “He will use camels as his mounts.” (Atharveda 20:127:2) – (Dia menggunakan unta sebagai kenderaannya).



(2) “He will have twelve wives.” (Dia mempunyai 12 orang isteri)



(3) “God will honour Narashangsa with ten garlands.” (Tuhan memuliakannya dengan 10 kalungan di leher)



(4) "He will receive a gift of ten thousand cows.” (Dia menerima anugerah 10,000 ekor lembu)



Maksudnya:



(1) Kenderaan yang digunakan Nabi Muhammad (S.A.W) adalah unta. Imam Bukhari berkata, “Anas melaporkan, Nabi memiliki seekor unta yang bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan (semasa latihan).”



(2) Nabi Muhammad (S.A.W) memang memiliki 12 orang isteri.



(3) Nabi Muhammad (S.A.W) mempunyai 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ‘yang sepuluh yang terjamin syurga’.



(4) Dr. Ved Prakash mengatakan perkataan ‘lembu’ adalah metafora yang melambangkan golongan yang baik dan bepekerti mulia. Menurut Dr. Ved Prakash ‘10,000 ekor lembu’ mungkin dikaitkan dengan 10,000 sahabat Nabi yang berjaya menguasai kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah.

(Dari buku Minda Muslim Super, Dr. Danial Zainal Abidin)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger