SEBUAH CERITERA 'TALIBAN'


Adakah kisah Ashabul Kahfi tetap akan berulang, atau tidakkah manusia berfikir akan kisah itu, bahawa yang batil tetap akan kalah?

Namun adakah kita akan mengalah? Tidak sama sekali! Kerana Rasulullah SAW sudah memberi ingat, bahawa Islam dagang di akhir zaman serta nampak sedikit. Tetapi yang sedikit itulah Rasulullah cintai.

Ceritera manusia
Ada derhaka, ada ihsan
Masing-masing mencari ruang
Untuk sebuah kefanaan.

Kosa kata ‘fundamental Islam’, ‘jihad’ dan ‘mujahiden’ bukan perkara baharu kepada dunia. Dalam masa yang sama, terbitnya istilah terorisme, penculikan dan pembunuhan dalam kamus yang menjadi ilusi jahat pasca kejadian 11 September 2001. Justeru suatu fenomena baharu muncul. Bahkan semua kosa kata yang aku sebut itu terjalin menjadi satu, yakni perang ke atas ‘teroris Islam’.
-- Abu Mujeeb

- DI SEBALIK HIJAB, sebuah thriller dan sejarah perang.
- 328 muka surat, RM25 (+ postage percuma).
- PRA-TEMPAH novel swaterbit (self publish) ini
- Hubungi saya melalui talian tertera atau messenger FB.


** Web Sutera, novelis yang berdegil!

PRA-TEMPAH Di Sebalik Hijab


Assalamualaikum, tuan dan cikpuan. Saya tawarkan sebuah karya mutakhir saya berjudul DI SEBALIK HIJAB, diterbitkan secara swaterbit (self publish).

328 muka surat.
Novel bergenre thriller sejarah.

Pesanan secara pra-tempahan (pre-order), seperti dalam poster. Mohon sudikan hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan.

Sinopsis DI SEBALIK HIJAB

Setiap makhluk mukallaf yang berdialog dengan Allah melalui al-Quran, solat, zikir dan amalan ibadah wajib dan sunat yang lain akan menemui jalan pulang. Lalu Allah dengan segala kebesaran dan keagungan-Nya pasti menjawab.

Apa ada dengan gua yang mengajak cinta masuk ke dalamnya? Apakah ada di sebalik hijab gua dan pergunungan? Tujuh pemuda beriman mencari cinta Allah yang abadi, bukan melarikan diri lantaran takut. Dakwah dan jihad, itulah yang mereka dambakan. Gua nyaman menjadi titian merentas masa untuk menjadi iktibar di masa depan.

Dalam pada itu, di suatu masa hadapan ... kumpulan pejuang berjihad harta benda dan jiwa raga demi meraih nilai syahid, bahkan redha Allah semata-mata. Perjuangan seringkali perlu strategi, bukan main belasah membuta tuli! Itulah nilai sebuah cinta, bersama hijab gua dan alam fauna yang senantiasa menunggu manusia-manusia yang soleh.

Pemuda jihad, Mujahiden dan alam buana ... sama-sama mencari cinta! Demi cinta, sebuah gua dan banjaran gunung bersaksi akan keimanan para pemuda. Perang itu tipu muslihat, sabda Rasulullah SAW.


DI SEBALIK HIJAB, SEBUAH NOVEL THRILLER SEJARAH

Kali ini sahabat Chechen pertama tersengih kerang, lalu bertanya, “Belum habis lagi perbincangan kita?” Kemudian dia menyambung, “Itulah sejarah yang mereka tulis, mencari ‘spice’.”

"Itu hanya metafora, kawan. Spice atau rempah ratus berupa barang berharga, penting dalam masakan di dunia timur. Kau ingat mereka begitu bodoh datang ke wilayah itu hanya untuk itu? Rempah ratus konon! Yang dia orang cari ialah emas dan harta yang tersembunyi, dan untuk kembangkan doktrin agama.”

Aku mencelah dengan berkata, “Ya. Aku akur tentang hal itu. Memang dasar penjajah yang hanya berkehendak harta kekayaan. Dalam masa yang sama semaikan doktrin jahat. Mereka terapkan dasar pecah dan perintah, persis sejarah Ashabul Kahfi yang dipecahkan iman oleh Daqyanus. Walhal sebelumnya Tarsus aman dengan ajaran agama wahyu.”

“Wah, Abu Mujeeb! Kamu memang tak lepas dari ibrah kisah pemuda-pemuda itu ya,” kata sahabat Arab pertama sambil tersenyum.

** AKAN DATANG secara swaterbit (self publish) oleh WEB SUTERA. Sebuah kisah thriller dan sejarah.

SANGGUP BACA NOVEL SETEBAL HAMPIR 1,000 MUKA SURAT?


Alhamdulillah. Masya-Allah, tabarokallah! Terima kasih atas penerimaan novel ini dari pembaca budiman. Saya - sang penulis yang kerdil di sisi Allah Taala - mulai menulis lantaran minat dan hobi yang mengebu-gebu dalam pembacaan pelbagai genre buku.

Syukur, sangat bersyukur. Novel KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH ini masih dicari oleh para peminat genre sejarah dan pengembaraan. Saya mendapat maklum bahawa buat masa ini ia sukar didapati di kedai-kedai buku.

Justeru... sudikan hubungi saya segera, sebelum pakej/kombo ini kehabisan stok.

ALLAHU-AKBAR! ALLAHU-AKBAR! ALLAHU-AKBAR!

Di bawah saya kongsikan salah satu komen terpanjang untuk karya ini, tanpa suntingan.

Alhamdulillah! Akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan saya terhadap novel yang ditulis oleh Tuan Web Sutera.
Sebenarnya, memang niat saya untuk memulakan pembacaan novel yang bertajuk Konstantinopel: KibaranPanji-panji AL-FATEH ini pada tahun 2014,sebagai sebahagian Cabaran Membaca 55 Buku Tiga Lima. Namun demikian, saya mengubah niat tersebut. Saya membuat keputusan untuk membacanya sebagai penutup tirai tahun 2013 yang akan tiba tidak lama lagi.
Baiklah. Secara peribadi,saya merasakan novel ini lebih baik daripada Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain,yang juga merupakan karya penulis yang sama. Hal ini kerana subjek/latar yang dipilih lebih asli dan tidak berdasarkan kepada sebuah buku yang ditulis oleh penulis lain. Sepanjang pembacaan saya juga, saya merasakan penulisnya, Tuan Web Sutera, memberikan perhatian yang khusus dan teliti di dalam penulisan novelnya pada kali ini. Umpama, ditatang minyak yang penuh.
Tambah menarik, seperti novel Hijab Zulkarnain, wujud watak-watak rekaan yang dicipta untuk memberikan sudut-sudut pandang yang tersendiri. Watak-watak tersebut adalah pelbagai sifatnya. Antara watak yang wujud adalah seperti Grisham Gale, Muhammad Nabil dan Sarah Mirza. Malah,wujud juga watak dari alam yang lain! Watak-watak ini tidak selaras zaman masing-masing. Namun memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam menerangkan usaha-usaha penaklukan Konstantinopel oleh para pemerintah Islam dari era pemerintahan Khalifah Umayyah sehingga Uthmaniyyah.
Novel ini juga banyak menggunakan teknik imbas semula di dalam penceritaan. Mungkin agak memeningkan sesetengah pembaca. Namun,masih boleh difahami jika memberikan tumpuan yang baik sepanjang pembacaan. Bahasa Melayu yang digunakan adalah standard dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Terdapat juga unsur cinta antara watak di dalam novel Konstantinopel ini. Tetapi, bukanlah sebuah kisah cinta yang melalaikan. Cinta yang berteraskan kesucian Islam dan ilmu pengetahuan yang murni.
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat masing-masing usai membaca novel sejarah Islam ini. Pada saya, pengajaran utama yang saya peroleh hasil bacaan saya adalah betapa perlunya kesabaran (yang diiringi doa, usaha dan tawakal yang cekal dan berterusan) yang tinggi diperlukan untuk mencapai sesuatu. Usaha menakluk (membebas: Web Sutera) Konstantinopel umpamanya,memakan masa beratus-ratus tahun. Ditakdirkan, seperti di dalam hadis Rasullullah S.A.W., kota tersebut akan jatuh ke tangan pemimpin, tentera dan rakyat yang terbaik.
Proses untuk mencapainya memakan masa yang amat panjang. Namun demikian, keteguhan kepercayaan terhadap hadis Baginda itu membuatkan ramai pemimpin Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan apa yang dikatakan Baginda itu menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan masing-masing, walaupun banyak kegagalan dan ujian terpaksa ditempuhi dan post-mortem dikaji untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang wujud dan mengatasinya. Oleh itu,doa, usaha, tawakal dan istiqamah kepada Allah S.W.T. yang berterusan tanpa mengenal erti lelah dan putus asa diperlukan untuk mencapai kejayaan, khususnya kepada umat Islam pada hari ini supaya dihormati dan berjaya. Perlu saya katakan di sini, ini sesuatu yang mudah diucapkan, tetapi perlaksanaannya bukanlah sesuatu yang mudah!
Secara keseluruhannya,saya amat menyukai dan berpuas hati dengan novel ini. Sekalung tahniah kepada Tuan Web Sutera yang berjaya menghasilkan sebuah novel yang bukan sahaja sarat dengan info sejarah, tetapi juga pengisian dakwah dan tarbiahnya. Sesuai dibaca oleh semua orang Islam dan bukan Islam, tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur.
Satu cadangan yang saya ingin utarakan kepada Tuan Web Sutera untuk dipertimbangkan. Saya fikir, molek juga ditulis sebuah buku ilmiah yang berdasarkan kerangka perbincangan novel Konstantinopel. Saya fikir, berdasarkan apa yang saya tahu, masih belum ada penulis lagi yang menulis sebuah buku ilmiah yang membincangkan usaha-usaha penaklukan Kota Konstantinopel, dari suatu era pemerintahan ke era pemerintahan yang lain, seperti yang telah dibincangkan di dalam novel ini.
--- Hilmi Isa, Perak

HURU-HARA MAT KATERER


Alhamdulillah, usai pruf galei buku ini. Setelah perbincangan singkat dengan penerbit, antara lain saya bersetuju untuk menukar judul cadangan dari DIARI MAT KATERER kepada HURU-HARA MAT KATERER.

Terima kasih kepada semua yang menyahut pelawaan saya untuk versi ebuku format PDF tempoh hari. Seramai 100 orang bertuah sudah mendapat ebuku ini PERCUMA.

Tunggu cetakan buku ini ya. Semoga tuan dan cikpuan terus menyokong karya saya.
Maju dalam melaju. Tetapi ingat yang penentu segala ialah Allah Taala. Maju setinggi mana pun, andai ia mengundang murka Allah, tak ke mana. Ke lubuk neraka akhirnya, buat apa?
Aku tekad, bukan belasah! Mencari redha Allah dalam berusaha.
** HURU-HARA MAT KATERER, sebuah buku bercetak insya-Allah.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger