JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN


Sebelum saya berhijrah ke Mantin, N9, atas sebab-sebab tertentu, pada satu awal pagi sebelum subuh tatkala bersiap sedia mahu ke Ipoh, Perak saya membawa diri sendiri ke Hospital Ampang (bersama isteri). Hanya sahabat rapat seperti Tuan Resha Hamzah dan beberapa kawan lain yang tahu. Adik-adik saya pun tak tahu pada waktu itu.

Segera saya daftarkan diri ke bahagian kecemasan dan trauma Hospital Ampang, dan badan yang mulai berdebar segera diperiksa oleh doktor. Saya diperiksa secara ‘through’ atas nasihat doktor. “Kita ‘check’ tuan secara ‘through’ kali ini kerana tuan tak pernah berbuat demikian.”

Saya ditahan di hospital. Namun menjelang awal petang hari yang sama, saya disuruh balik dan diberi surat rujukan ke klinik. Antara keputusan utama ialah jantung saya okey. Tahap kesihatan jantung saya diperiksa lagi selepas itu di Klinik Kesihatan Kg. Pandan, Kuala Lumpur dan kemudian di Klinik Kesihatan Beranang, Selangor. Seingat saya, empat kali dibuat ujian. Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja.

Kemudian atas inisiatif dan kemahuan sendiri, saya mencari ayat-ayat al-Quran yang menjurus kepada penjagaan jantung. Daripada sebuah kitab (tak ingat judulnya), saya menjumpai tiga ayat al-Quran yang semenjak itu saya hafal dan saya cuba amalkan paling kurang pun sekali sebagai wirid selepas solat Subuh dan Maghrib, atau pada setiap kali solat wajib. Saya baca pada penghujung wirid selepas solat. Mudah sahaja untuk menghafal, andai ada kemahuan.

Harap sangat jangan pula ada orang menempelak saya amalkan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan sahaja. Tak payah nak menempelak orang yang membaca ayat al-Quran, paling tidak pun dia (saya misalnya) membaca ayat al-Quran walaupun satu ayat sahaja sehari (daripada langsung tak baca).

Dua daripada ayat itu saya kongsikan di sini. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berasa lebih lapang dan yakin untuk meneruskan kehidupan, dan dalam masa yang sama cuba mengubah tabiat pemakanan. Sungguh, saya tak bohong.


---------+----------

Satu lagi saya akan kongsikan. Saya ‘up-kan’ status WhatsApp lewat petang tadi, mengenai pengambilan pemakanan tambahan (supplement) ‘Salmon Omega complex’. Saya menerima respons dari seorang kawan, seperti tangkap layar yang disertakan.

Saya juga pernah bertanyakan kepada seorang rakan yang ada ilmu pengubatan Islam mengenai ‘rasa berdebar’ tidak tahu sebarang punca. Antara yang dia ajukan ialah amalkan mengambil Salmon Omega untuk kesihatan jantung.


Kebaikan 'Salmon Omega complex' banyak. Pautan kepada posting terdahulu saya kongsikan di sini: https://www.facebook.com/websutera/posts/10220258903649787

Tuan dan cikpuan jangan tanya saya lebih-lebih tahap kesihatan saya. Insya-Allah berkat jaga diri dan mahu berubah, saya sihat-sihat sahaja. Tubuh badan adalah amanah Allah, justeru kita wajib menjaga sebaik-baiknya.

Amalkan mana yang baik dan terus istiqamah dengan jalan agama serta usaha tanpa henti. Itulah pejuang!


** Web Sutera - Hamba Allah yang suka mencatat dan terus menelaah alam dalam menghasilkan karya bermakna.

>> Mahu bertanya mengenai peluang bisnes bersama AMWAY dan mendaftar sebagai Amway Business Owner (ABO), jom ke Facebook saya Web Sutera. Insya-Allah kita buat dalam jemaah dan tak payah risau kerana kita ramai.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger