Showing posts with label Kitab Bercerita. Show all posts
Showing posts with label Kitab Bercerita. Show all posts

JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN


Sebelum saya berhijrah ke Mantin, N9, atas sebab-sebab tertentu, pada satu awal pagi sebelum subuh tatkala bersiap sedia mahu ke Ipoh, Perak saya membawa diri sendiri ke Hospital Ampang (bersama isteri). Hanya sahabat rapat seperti Tuan Resha Hamzah dan beberapa kawan lain yang tahu. Adik-adik saya pun tak tahu pada waktu itu.

Segera saya daftarkan diri ke bahagian kecemasan dan trauma Hospital Ampang, dan badan yang mulai berdebar segera diperiksa oleh doktor. Saya diperiksa secara ‘through’ atas nasihat doktor. “Kita ‘check’ tuan secara ‘through’ kali ini kerana tuan tak pernah berbuat demikian.”

Saya ditahan di hospital. Namun menjelang awal petang hari yang sama, saya disuruh balik dan diberi surat rujukan ke klinik. Antara keputusan utama ialah jantung saya okey. Tahap kesihatan jantung saya diperiksa lagi selepas itu di Klinik Kesihatan Kg. Pandan, Kuala Lumpur dan kemudian di Klinik Kesihatan Beranang, Selangor. Seingat saya, empat kali dibuat ujian. Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja.

Kemudian atas inisiatif dan kemahuan sendiri, saya mencari ayat-ayat al-Quran yang menjurus kepada penjagaan jantung. Daripada sebuah kitab (tak ingat judulnya), saya menjumpai tiga ayat al-Quran yang semenjak itu saya hafal dan saya cuba amalkan paling kurang pun sekali sebagai wirid selepas solat Subuh dan Maghrib, atau pada setiap kali solat wajib. Saya baca pada penghujung wirid selepas solat. Mudah sahaja untuk menghafal, andai ada kemahuan.

Harap sangat jangan pula ada orang menempelak saya amalkan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan sahaja. Tak payah nak menempelak orang yang membaca ayat al-Quran, paling tidak pun dia (saya misalnya) membaca ayat al-Quran walaupun satu ayat sahaja sehari (daripada langsung tak baca).

Dua daripada ayat itu saya kongsikan di sini. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berasa lebih lapang dan yakin untuk meneruskan kehidupan, dan dalam masa yang sama cuba mengubah tabiat pemakanan. Sungguh, saya tak bohong.


---------+----------

Satu lagi saya akan kongsikan. Saya ‘up-kan’ status WhatsApp lewat petang tadi, mengenai pengambilan pemakanan tambahan (supplement) ‘Salmon Omega complex’. Saya menerima respons dari seorang kawan, seperti tangkap layar yang disertakan.

Saya juga pernah bertanyakan kepada seorang rakan yang ada ilmu pengubatan Islam mengenai ‘rasa berdebar’ tidak tahu sebarang punca. Antara yang dia ajukan ialah amalkan mengambil Salmon Omega untuk kesihatan jantung.


Kebaikan 'Salmon Omega complex' banyak. Pautan kepada posting terdahulu saya kongsikan di sini: https://www.facebook.com/websutera/posts/10220258903649787

Tuan dan cikpuan jangan tanya saya lebih-lebih tahap kesihatan saya. Insya-Allah berkat jaga diri dan mahu berubah, saya sihat-sihat sahaja. Tubuh badan adalah amanah Allah, justeru kita wajib menjaga sebaik-baiknya.

Amalkan mana yang baik dan terus istiqamah dengan jalan agama serta usaha tanpa henti. Itulah pejuang!


** Web Sutera - Hamba Allah yang suka mencatat dan terus menelaah alam dalam menghasilkan karya bermakna.

>> Mahu bertanya mengenai peluang bisnes bersama AMWAY dan mendaftar sebagai Amway Business Owner (ABO), jom ke Facebook saya Web Sutera. Insya-Allah kita buat dalam jemaah dan tak payah risau kerana kita ramai.

MENEROKA MAKNA AL-FATEH MELALUI KARYA KREATIF

Novel tebal ini sudah ramai yang memiliki dan membacanya. Alhamdulillah.

Dua kali diulang cetak oleh pihak penerbit. Walaupun demikian, masih ramai yang tidak menyedari kehadirannya dalam pasaran. Apabila ia disedari dan apakah kandungan serta gaya persembahannya, ia dicari-cari. Malangnya sukar dijumpai.

Lihat foto ini, ada 10 naskhah. Ya hanya 10 naskhah berbaki dalam simpanan saya. Pihak penerbit mengesahkan bahawa novel ini sudah tiada dalam stor mereka. Maknanya, semua cetakan sudah habis. Benar-benar habis.

Saya juga menyimpan stok sebanyak 10 naskhah yang dipesan khusus oleh Tuan Muhammad Azlan Al-Amin.

Untuk itu saya berasa masih ramai yang mahukan karya ini, dan masih terlalu ramai yang wajib saya beritahu bahawa kau orang perlu membaca karya berbicara soal besar ini: meneroka makna AL-FATEH melalui sebuah karya kreatif.

Insya-Allah saya ada hasrat untuk menyambung hayat novel ini. Mohon doa dan sokongan dari kalian yang budiman.

 

** WebSutera, tidak serik untuk berjuang dan memberitahu bahawa 'saya ada karya yang kau orang kena baca'.

KITAB BERBICARA: IBRAH DALAM PENCERITAAN


Saya mahu menasihati diri sendiri dan mengajak teman-teman pembaca, bahawa yang lebih utama ialah kehidupan selepas mati. Justeru mati itu bukan penamat, melainkan sebuah permulaan. Sang juara ingin hidup damai di akhirat, dan selesa di dunia.

Allah ciptakan dunia dan isinya bukan sia-sia, melainkan untuk diambil ibrah, iktibar, pengajaran dan dilestarikan oleh setiap manusia tanpa mengira di mana dan bangsa apa pun jua.

Berjalan, melihat, mentaakul dan kemudian belajar. Itu suruhan Allah dan Rasul-Nya Nabi Muhammad (SAW). Baginda selamanya seorang juara paling besar untuk dunia yang dititip langit.

* Web Sutera, si marhaen yang mahu membawa obor ke langit iman.


>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

Saya juga ada masukkan beberapa karya dalam Shopee. Insya-Allah akaun Shopee saya DI SINI.


Idea penulisan ini terinspirasi daripada pembacaan buku Pengaruh Gaya Trump oleh Tuan Syahrul Nizam Junaini dan Tuan Nazri Kadir, dan Think Like A Champion oleh multi-jutawan Donald J. Trump. Buku Jangan Bersedih oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni yang sudah dua kali ditelaah juga menjadi sumber inspirasi saya sehingga kini.

Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamat untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya bersedia berkongsi idea dan pengalaman serta rahsia kehidupan sejak kecil sehingga berjaya menceburi bisnes catering kini.

Kumpulan cerita dan ujana sebagai petunjuk proses pemikiran dan tindakan yang saya percaya dapat membantu pembaca menuju kejayaan dalam kehidupan, kerjaya dan bisnes yang ingin diceburi. Ia berjaya saya praktikkan dalam skala besar gambaran kehidupan sejak

kecil lagi.

Saya mengulas topik-topik berkaitan dan memberi contoh serta membentangkan formula yang saya percaya akan menjadi nasihat solid. Saya menggunakan kaedah bercerita pengalaman diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan daripada sumber pembacaan saya.

Kata seorang teman, Berfikir kerana dunia, bukanlah champion namanya.” Sungguh benar kata-kata sahabat saya itu. Jadi saya fokuskan buku ini kepada perjalanan dunia bisnes dan peristiwa sepanjang sela kehidupan. Nyata dan tersirat dengan menyelitkan panduan daripada Al-Quran dan sunnah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad (SAW).

Pemikir Cina Confucius berkata, “Pembelajaran tanpa berfikir adalah usaha sia-sia.” Multi-jutawan Donald J. Trump menulis, “Kadangkala orang menumpukan terlalu banyak masa kepada masalah lebih daripada fokus terhadap peluang (yang terbentang di hadapan).”

Para champion sama ada memang dilahirkan begitu atau dibentur. Seorang champion daripada seluruh para champion sepanjang masa ialah Nabi Muhammad (SAW). Banyak strategi champion semasa menghadapi serangantentera kuffar, menghadapi kesukaran dan kelaparan, menghadapi permasalahan para sahabat Baginda dan pada seluruh kehidupan Rasulullah (SAW) yang diumpamakan sebagai Al-Quran berjalan itu. Saya terapkan daripada sudut sirah baginda Nabi Muhammad (SAW) serta sudut Islam lainnya.

----------+----------

“Sebuah buku motivasi. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buku ini boleh menjadi pendorong atau memberi jalan untuk kita yang menghadapi kekecewaan dalam mengejar impian. Bagaimana untuk memimpin diri ke arah yang lebih baik.” – Cikpuan Suhailah Onn


“Umar bin Abdul Aziz meskipun dia memiliki kerajaan yang besar, menguasai perbendaharaan negara, namun kehidupannya amat sederhana, tidak memiliki istana, hanya rumah biasa seperti rumah yang dimiliki oleh rakyat biasa yang miskin. Dialah sebenar-benar ulama dan pembesar negara.” -- King Charles, Raja Perancis

>> Saya Web Sutera, seorang novelis dan penulis yang sudah menghasilkan 34 buah karya yang dibukukan, bergerak aktif menulis semenjak tahun 2010.

Bersama saya beberapa judul karya yang ada stok. Andai sudi atau mahu berkenalan, saya berbesar hati andainya tuan/cikpuan dapat memiliki karya-karya saya itu. Setiap buku akan ditandatangan. Hubungi saya ya, melalui Facebook atau di sini. Ada pakej atau kombo menarik dengan diskaun hebat. Insya-Allah benda boleh bincang.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger