Khusus untuk kamu ... ya kamu para pembaca yang saya
kasihi. Semoga tinta dari singkapan aksara-aksara ini bisa mengetuk pintu,
boleh memetik buah ranum, dapat memberi kekuatan iman, dan akhirnya menyatu
kita di dalam Islam.
Terima kasih kepada semua tenaga kerja di Jootawan
kerana sudi menyantuni buah-buah fikir insan daif di sisi Allah ini, cekal
melayari bahtera iman dan bersedia ke hadapan dalam mendepani zaman dalam
bidang penerbitan.
Untuk anak-anak bangsa, kita merempit dalam iman
agar nanti mati kita juga dalam iman. Rempit bukan mencari sakit dan penyakit,
melainkan untuk meluaskan mana yang sempit. Hati sempit, jiwa sakit. Jiwa
sakit, dunia menjadi sembelit.
Saya doakan agar semua pihak beroleh manfaat dari
nukilan iman dan amal ini. Sebarang maklumbalas, sudikan hubungi penerbit atau
terus kepada saya melalui media-media yang saya nyatakan di bawah.
Wallahua’lam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan
Maha Berilmu.
**********
Saya
mengajak pembaca untuk merempit. Tapi seharusnya merempit dalam iman, merempit
untuk Islam, dan merempit dalam memperbaiki diri sendiri. Sering kita sebut
pada bulan Ramadhan, terutamanya di sepuluh malam terakhir, seperti “Jom kita
rempit ke masjid! Untuk qiam di 10 malam terakhir.”
Khas
untuk buku ini, jom kita merempit gaya Al-Fateh! Banyak yang boleh kita ulas,
tafsir dan mengambil ibrah (teladan dan pengajaran) dari kehidupan Sultan
Muhammad Al-Fateh serta kepimpinannya. Sejarah tetap sejarah, insya-Allah ia
bakal berulang. Justeru suruhan Allah agar ‘berjalan
di atas muka bumi’ ini.
Pendekatan
saya mungkin berlainan untuk siri buku motivasi ini. Seperti buku yang
terdahulu, masih santai, namun saya cuba padatkan agar kita lebih seronok
menelaahnya. Saya selang-selikan dengan kisah, ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad
SAW, kisah para Sahabat dan kisah umat terdahulu, serta pantun, tamsil,
peribahasa dan puisi.
Semoga
para pembaca dapat menyerap rencam penulisan - debar dan tenang, sayu dan
gembira, gertak dan kasih sayang.
BACA DI SINI.
BACA DI SINI.
Web Sutera / Hizamnuddin bin Awang
www.instagram.com/websutera
http://pasalbuku.blogspot.com
http://buanadunia.blogspot.com
http://suteranovel.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment