Islam itu persahabatan

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (foto atas) telah menyerah sedikit sumbangan dalam satu majlis kesyukuran sempena penubuhan sekolah tahfiz yang dikenali sebagai Akademi Tahfiz Al-Hira dekat Puchong pada 19 April lalu.

Gobind dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, beliau berasa bangga dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat kerana diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kesyukuran sempena penubuhan Akademi Tahfiz Al Hira.


"Saya hadir pada hari ini kerana hendak melihat sendiri sejauh mana perjalanan projek yang dilaksanakan dan projek ini memang berjaya. Saya harap, akademi ini akan terus berkembang agar seluruh Puchong bahkan seluruh negara tahu mengenai akademi tahfiz ini.”


Kehadiran dan sumbangan dari Gobind Singh Deo mencerminkan salah satu menifestasi bahawa Islam tidak pernah dan tidak mengajar umatnya bermusuh dengan panganut agama lain. Al-Quran mengajar supaya kita berbaik sangka dengan sahabat-sahabat bukan Islam. Selagi mereka tidak menentang Islam secara terang-terangan, umat Islam WAJIB bersahabat dan tidak menunjukkan permusuhan dengan mereka.


Matlamat pusat tahfiz ini ialah memberi pengajian khusus ilmu berkaitan Quran yang boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa pandai membaca Quran secara bertajwid, menghafal kitab suci ini dan memahami bahasa Quran.


Pautan berkaitan:
Teruskan membaca al-Quran, Nga Kor Ming

Beri galakan supaya bukan-Islam memahami al-Quran

Baca buku sejarah Islam jadi terroris?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger