Beri galakan supaya bukan-Islam memahami al-Quran

Salah satu isu yang digunakan oleh UMNO semasa kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang beberapa hari lalu ialah perkara pembacaan ayat al-Quran oleh saudara Nga Kor Ming, salah seorang ADUN Pakatan Rakyat di Perak. Kata mereka Nga telah menggunakan al-Quran secara tidak betul dan semestinya dilarang atau diambil tindakan terhadap YB tersebut.

Bagi saya yang cetek ilmu ini, ianya bukan isu, malah seharusnya tidak kecoh. Sepatutnya kita bersyukur kerana sudah ramai orang bukan Islam di Malaysia sudah membuka mata dan mahu belajar sedikit sebanyak isi kandungan Quran.

Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menulis sepucuk surat kepada YB Nga, begini:

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan ayat-ayat al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.


Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara.”

Mesej Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada Nga seterusnya berbunyi, “Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.”

Baca surat penuh Tok Guru kepada sudara YB Nga di sini.

Sementara itu seorang pendakwah bebas, Dr Azhar Yaakob, dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata bahawa “Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran, malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.”

"Lainlah kalau mereka menghina, mempermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir, itu kita tentang. Kalau nak ikut salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh manusia berlaku adil.

"Pada saya mereka tidak salah, malah kita kena beri galakan dan tunjuk ajar pada mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik lagi, bukan mencemuh atau melarang membaca ayat-ayat Quran yang menjadi pentunjuk untuk umat manusia.”

2 comments:

pemuda_besut said...

Saya agak tertarik dgn artikel ini dan saya mengikuti secara dekat isu ini..bila ditimbulkan isu ini di tv sewaktu kempen PRK Bkt Gantang yg lalu, saya betul2 kesal dgn kejahilan yg melanda org2 UMNO khususnya..oleh itu saya nukilkan pendapat sy ini di ruangan komen blog saudara mudah-mudahan dibaca dan direnungi oleh org UMNO dan sekadar berkongsi pendapat bersama sahabat2 seperjuangan.

Apa la yg susah sgt org UMNO ni nk paham..tak slah bg org kafir baca AL-QURAN krn AL-QURAN adalah mukjizat yg diturunkn oleh ALLAH kpd semua manusia bkn org ISLAM sahaja..kerana dlm AL-QURAN itu sendiri mempunyai pelbagai macam ilmu, ilmu agama, politik, ekonomi, ketenteraan, kesihatan, teknologi dan byk lg..bahkan AL-QURAN itu juga mempunyai ayat2 dakwah kpd semua manusia..kerana dlm AL-QURAN, ada ayat yg ditujukan khas kpd umat ISLAM dan ada yg ditujukn kpd semua..cthnya, YA AYYUHALLAZI NA AAMANU (wahai org2 yg beriman bkn wahai org2 UMNO) dan YA AYYUHANNAS (wahai manusia)..wahai manusia bermaksud semua manusia samada ISLAM ataupun kafir..maknanya di sini AL-QURAN itu untuk rujukan semua manusia dan sebagai ilmu dakwah.

Mengapa kita sibuk buat laporan polis org kafir baca AL-QURAN, sedangkan apa yg lebih menyedihkan kita adalah umat ISLAM sendiri yg lancar bacaannya dengan tajwid dan makhraj yg betul menghina AL-QURAN dgn cara menolak sebahagian ajaran AL-QURAN dan menerima sebahagian yg lain..sedangkan AL-QURAN yg mempunyai 30 juzuk itu WAJIB diamlkan sepenuhnya..sbg contoh penolakan kpd undang2 ISLAM, hudud dan qisas..mengapa takut utk laksanakan walhal ALLAH menyebut dlm AL-QURAN undng2 ALLAH adalah MAHA ADIL dan bersifat mencegah..bukannya undang2 ISA yg MAHA ZALIM yg diperkenalkan oleh org eropah yg sudah tentu kafir..mengapa undang2 manusia kafir diangkat, dijulang dan dijunjung sedangkan undang2 ALLAH, Tuhan Maha Pencipta dan Maha Mengetahui tentang mkhluk yg diciptanya dihina, diejek dan dikesampingkan???[TOLONG JAWAB WAHAI ULAMAK2 UMNO DAN TOK2 MUFTI YANG ADA].

satu lagi bukti penghinaan terhadap AL-QURAN oleh umat ISLAM adalah pendedahan aurat terutama golongan wanita yg tidak bertudung..jelas dalam AL-QURAN rambut wanita adalah aurat dan sudah tentu aurat WAJIB ditutup oleh umat ISLAM..tetapi jelas yg berlaku di kalangan pemimpin2 wanita negara kita dan isteri2 pemimpin yg tiada segan silu untuk mendedahkan aurat bahkan bersalam-salaman dengan bukan mahram..sedangkan mereka adalah model kpd rakyat..ini suatu penghinaan terhadap AL-QURAN dan satu "PENDERHAKAAN" yg maha dahsyat kpd pencipta, ALLAH SWT, lebih teruk drp derhaka kpd raja..kenapa tdk didakwa mereka ini di mahkamah????atau mereka tdk yakin dgn mahkamah yg ada sekarang dan menunggu utk dibicarakan di mahkamah ALLAH kelak???sedarlah hukuman dan azab ALLAH matlh pedih.

jika ekonomi ISLAM suatu ketika dulu dilihat mundur dan terkebelakang kerana mengharamkan riba dan apabila dilaksanakan, ia menjadi popular dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat bukan sekadar org ISLAM bahkan golongan kafir juga memuji sistem ekonomi ISLAM yg adil..buktinya sistem kewangan ISLAM tidak sedikit pun terjejas dengan kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku hari ini dan sentiasa kukuhdan stabil..ini diakui sendiri oleh pakar2 ekonomi di seluruh dunia termasuklah eropah..begitu jugalah dengan undang2 ISLAM..lasanakan dahulu barulah kita dapat menilai kesannya kerana ia janji ALLAH dan mendapat jaminan daripada ALLAH yang mencipta makhluk-NYA, dan mustahil ALLAH berbohong.

berbalik kepada isu YB Nga, sepatutnya kita bersyukur kerana golongan bukan ISLAM tidak takut utk mendekati ISLAM sekaligus menafikan dan menolak tuduhan bahawa ISLAM adalah agama pengganas..memang dengan cara mempelajari, mengkaji dan memahami AL-QURAN lah mereka berjinak-jinak mendekati ISLAM kerana ayat2 AL-QURAN adalah ayat2 dakwah..buktinya telah berlaku kpd Saidina Umar Al-Khattab di zaman jahiliyahnya (sila rujuk kembali sirah2 nabi)..dan juga terbukti kpd paderi2 yg mengkaji AL-QURAN utk mengcungkil rahsia2 ISLAM lalu mereka merasa kagum dengan kehebatan ISLAM sekaligus memeluk ISLAM.

oleh itu, marilah kita sama2 menggalakkan seluruh umat manusia, ISLAM dan bukan ISLAM supaya mereka rajin mempelajari, mengkaji dan memahami AL-QURAN agar umat ISLAM makin bertambah dan makin kuat kerana mengamalkan ISLAM yang sebenar seperti mana diamalkan oleh Rasullullah SAW..dan marilah kita sama2 berdoa kepada ALLAH supaya dibukakn hati dan diberi hidayah kpd golongan bukan ISLAM yang berusaha mempelajari AL-QURAN agar mereka bersama2 kita memeluk ISLAM termasuklah YB Nga Kor Ming bukannya mencerca, menghina, mengejek dan membuat laporan polis kpd beliau..jgn kita melemhkan semangat beliau utk mempelajari dan mendekati ISLAM.

SEDARLAH WAHAI2 SAUDARA SEISLAMKU DARI UMNO..MARILAH KITA MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DI BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH INI BUKAN SIBUK MEMPERJUANGKAN AGENDA KETUANAN MELAYU ANDA SAHAJA.

Web Sutera said...

Alhamdulillah, sahabat Pemuda_Besut. Terima kasih atas komen & penjelasan yang bermakna & panjang ini.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, insyaAllah. Buka mata, telinga dan yang terpenting buka mata hati, jangan terkunci kerana kelak Allah akan mempaterikan hati-hati kita serapat-rapatnya. Jika ini terjadi, maka amat malanglah kita.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger