Kenali budaya sesama rakyat Malaysia

Foto di atas disalin dari blog DS Anwar Ibrahim.


Dalam foto itu, semua makan menggunakan tangan, baik India, Melayu mahupun Cina. Tingkah laku mereka itu disebut cultural mirroring.

Kemahiran melakukan
cultural mirroring sangat berguna bagi menghantar mesej bahawa seseorang itu berkongsi nilai-nilai serupa dengan rakan-rakan daripada budaya lain.


Fenomena 'celik-budaya' atau cultural literacy adalah modal penting dalam kejayaan sosial, yakni kejayaan yang bergantung pada sokongan orang-orang lain.


Apa yang berlaku baru-baru ini, iaitu akibat kata-kata yang diucapkan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan masyarakat Cina bangun menyuarakan rasa amarah mereka terhadap TPM itu adalah berpunca daripada isu 'buta-budaya' atau cultural illiteracy pada pihak TPM itu.


Dalam peristiwa itu, akibat BN kalah pilihanraya kecil di Bukit Gantang, TPM mengatakan orang Cina tidak tahu mengenang budi kerajaan BN, yang semasa berkempen, telah memberikan macam-macam projek mi segera di kawasan itu kepada penduduk Cina, termasuklah memberi bantuan RM1 juta kepada sekolah Cina di situ. Sebaliknya undi Cina untuk calon PR naik 40%, menyebabkan calon BN kalah teruk.


Bagi orang Melayu, apabila mereka diberi projek mi segara, perkara itu ditafsir sebagai BN pandai menabur budi, dan mereka sedang terhutang budi kepada BN. Cara yang betul membalas budi BN adalah dengan memberikan undi kepada calon BN.


Bagi orang Cina, apabila mereka diberi projek mi segera, BN menghina maruah mereka, sebab perbuatan itu serupa dengan perbuatan orang kaya yang mencampakkan makanan kepada pengemis yang kelaparan! (Disalin dari blog Unika)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger