Tidakkah manusia mengetahui bahawa anak merupakan anugerah Allah yang mesti dijagai sehingga besar? Anugerah yang diberikan adalah sebuah tanggungjawab. Takut rezeki kurang lantaran ada anak? Mana belajar mengenai tuduhan tersebut? Itu adalah budaya Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Ajaran dibawa oleh Nabi Muhammad mengandungi kasih sayang dan cinta sesama manusia dan binatang. Setiap anak yang lahir sudah ditentukan rezekinya.

Sekiranya alasan membuang anak ialah kerana hasil dari perhubungan luar nikah, mengapa anak pula yang dipersalahkan? Malu? Tahu pula perasaan malu, tetapi melakukan perhubungan yang diharamkan oleh budaya dan agama tidak pula malu. Itulah manusia yang tidak sedar diri.

**********

Umat Nabi Muhammad (Sallallahu alaihiwasallam) dilarang keras berdoa untuk mempercepatkan kematian, kecuali dalam beberapa keadaan paling kritikal. Mengapa begitu? Ia justeru kerana Allah dengan cinta-Nya amat suka sekiranya kita memohon keampunan dalam ketaatan.

Dari sudut ini, Abu Laits as-Samarqandi menulis, “Mengejar ajal (kematian) bererti bersiap-siap dengan amal kebaikan, menjauhi larangan-larangan Allah, dan selalu meminta-minta kepada Allah bagi kekuatan jiwa dan seterusnya mencapai kematian yang baik pada akhir kehidupan.

* Dipetik dari TAKDIR DAN TADBIR ILAHI, sebuah ebuku.

** Sudikan untuk memuat turun dari Shopee.com.my/websutera.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger