CERITA PERANG MUJAHIDIN


"Sesungguhnya kehidupan ini adalah untuk memberi, bukan sekadar menerima. Ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi. Kebanyakan Mujahidin di sini terdiri dari kalangan ‘Fityatun’. Pemuda dari pelbagai latar dan qabilah.

"Dari kalangan orang-orang yang gagah akal, minda, dan fizikal. Yang pastinya, mereka adalah di kalangan pemuda-pemuda yang menyahut pilihan Tuhan. Sepertimana kita lihat dalam kisah Ashabul Kahfi. Sekumpulan anak muda yang beriman serta berpegang teguh dengan janji Allah SWT.”

-- Solahuddin Al-Idrus

Tulisan di atas saya ambil dari catatan penulis berjudul ‘Travelog 5: Mujahidin Adalah Pembela, Bukan Pengganas’. Masya-Allah, tabarakallah!

Justeru, saya ingin menyorot sebuah manuskrip novel berjudul DI SEBALIK HIJAB yang bakal memasuki cetakan kali ke-3 insya-Allah. Novel ini saya terbit sendiri secara swaterbit.

Novel ini juga mengambil ibrah (pengajaran) kisah Ashabul Kahfi, dan saya kaitkan dengan kisah medan tempur di Bosnia, Chechnya dan lain-lain wilayah bergolak di era 1990-an dan awal 2000 Masihi.

Sebelum dan semasa menulis novel ini, saya menyelami dan menggali beberapa sumber untuk ‘melihat’ apakah yang ada. Rujukan kitab-kitab tafsir al-Quran, dan catatan pihak Barat/Yahudi turut digali, kemudian ditapis.

Saya cuba menyelami watak-watak sebenar dan fiksyen dalam sebuah ceritera dua-dalam-satu, dengan fokus usaha jihad Mujahidin sebagai latar perkisahan.

Maka itu, manuskrip novel ini terhasil daripada sebuah kajian sejarah – kisah dan perjuangan para pemuda jihad berdada dengan musuh-musuh agama, bangsa dan tanah watan.

Insya-Allah, saya persembahkan dalam bentuk fiksyen sejarah dan thriller.

***********

Terima kasih banyak kepada yang sudi menghubungi saya secara peribadi melalui WhatsApp dan FB Messenger bertanyakan bagaimana untuk membeli novel DI SEBALIK HIJAB.

Ya, seperti makluman saya kelmarin, novel ini sedang dicetak lagi untuk keperluan tempahan oleh dua buah perpustakaan.

Sebelum itu, novel ini dicetak sepenuhnya secara POD (print-on-demand), yakni walaupun sebuah ia dapat dicetak. Untuk itu saya berkerjasama dengan pencetak digital agar keperluan POD dibuka kepada pembeli individu yang mahukan karya ini, makanya ia dicetak sebuah demi sebuah mengikut keperluan semasa dan ketika itu.

Pihak pencetak yang akan mengeposkan buku itu kepada pembeli, bukannya dari saya dan saya tidak menyimpan stok. Justeru ia tidak bertandatangan penulisnya.

Menyahut kehendak para pembaca yang mahu membeli buku ini dan mesti ada tandatangan penulis, maka saya bersedia untuk menyimpan stok pusingan kedua. Maknanya, saya kena keluarkan modal dahulu bagi mencetaknya.


Sehubungan dengan ini, mohon bertanya lanjut. Sudikah tuan/cikpuan untuk memiliki karya ini, dengan ditambah RM5 untuk kos pengeposan (ke atas harga buku) ke seluruh Malaysia?

Mohon respons. Saya berbesar hati untuk menjawab segala persoalan berkenaan buku ini insya-Allah.

💢💟💥 Web Sutera - Novelis yang mahu meneroka labirin sejarah dan kemudian melukis kembali pada kanvas yang cemar.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger