Satu Islam, bukannya Satu Malaysia – Hu Pang Chaw

"Tidakkah mereka (orang UMNO) merasa malu dengan perkembangan yang berlaku sekarang, sedangkan orang bukan Melayu semakin ramai yang berminat mendekati Islam,” kata Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw (foto).

"Hairan sungguh. Orang Cina, India dan kaum-kaum lain boleh sokong perjuangan Islam tetapi kenapa pemimpin Melayu dari Umno menolak pula.”


Menurutnya, seperti mana dipetik oleh Harakahdaily, orang bukan Melayu tidak takut lagi untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana keadilan pentadbiran di bawah ulama dibuktikan di Kelantan.


“PAS merupakan sebuah parti yang mendokong keadilan kepada semua kaum dan tidak mengutamakan orang Melayu semata-mata. Islam tidak membeza-bezakan antara bangsa kerana apa yang dinilaikan ialah tahap ketakwaan dan kejujuran seseorang itu.


"Sebab itulah konsep sebenarnya yang dimahukan rakyat ialah Satu Islam dan bukannya Satu Malaysia seperti yang menjadi citra kepada Perdana Menteri baru sekarang,” kata saudara Hu.


Oleh itu beliau berkeyakinan mesej perjuangan yang dibawa PAS akan terus mendapat sokongan semua pihak kerana keadilan yang diperjuangkan.


Beliau yang juga bekas pendidik dan wartawan berkata, di antara perjuangan dibawa pemimpin PAS dan Umno amat jauh berbeza.


"Bukankah Islam melarang perbuatan mungkar. Saya menyeru kepada Umno, MIC, MCA kembalilah ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan bersama-sama memartabatkan keadilan.”


Subhanallah! Inilah Islam sebenar seperti yang dilihat oleh saudara Hu Pang Chaw, bukannya Islam yang dibawa UMNO.


Dalam satu sesi katering, saya pernah berbual dengan dua orang pegawai keselamatan India penganut Hindu. Mereka berdua bertanya kepada saya, betulkah bahawa Islam tidak memaksa orang lain memasuki agama Islam dan mengikuti undang-undangnya?


Saya menerangkan duduk perkara sebenar bahawa memang begitulah yang diajar oleh Muhammad bin Abdullah (sallallah-hualaihiwasallam). Mereka berdua tersenyum dan menyatakan kepada saya bahawa selama ini UMNO telah menakutkan majoriti orang bukan-Islam di Malaysia.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger