Ajaibnya kelahiran manusia (2)

Sepanjang berada d bilik bersalin, aku tidak putus-putus memanjatkan doa ke hadrat Tuhan dan bertasbih atas nama kebesaranNya supaya memudahkan proses bersalin isteriku. Aku turut menasihati isteriku supaya bersabar dengan kesakitan. Memang bersalin itu sakit. Justeru itulah, Tuhan menegaskan bahawa kesakitan ketika bersalin dapat mengugurkan dosa-dosa si ibu dan seandainya maut menjemput diri, maka kematian itu adalah mulia. Tuhan menganugerahkan mati syahid kepada wanita tersebut.

Apabila isteriku merasakan anak kami itu sudah mahu keluar, terus aku memetik butang kecemasan dan sejurus itu juga jururawat yang memang sudah bersedia masuk. Tidak lama kemudian doktor Salleh muncul dengan perwatakan tenang.

Bermulalah proses meneran dan menarik nafas kepada isteriku. Lebih kurang 3 - 4 minit, maka manusia lelaki itu pun keluar dengan bangganya menerusi tangisan pertama menghirup udara dunia fana ini.

Tepat jam 5.05 petang lahirlah manusia yang aku dan isteri memang menunggunya. Memang ajaib proses kelahiran manusia. Aku melihat sendiri kepala anak keluar dan kemudian ditarik oleh doktor Salleh secara perlahan-lahan. Seterusnya uri turut ditarik keluar. Mengalir air mata aku saat melihat anak itu; gembira, bersyukur dan insaf saling bertingkah. Maha besar Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha besar.

Menerusi pemerhatian aku, proses bersalin anak ini adalah yang paling mudah dibandingkan dengan tiga lagi adik beradiknya yang terdahulu. Namun isteriku berkata keesokan harinya bahawa proses bersalin anak lelaki ini agak susah. Dia berkata bahawa pada saat-saat akhir proses meneran, dia sudah kehabisan nafas untuk meneruskannya. Namun, manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Pada mulanya aku melihat anak lelaki aku itu agak hitam kulitnya. Tetapi setelah dibersihkan, rupanya yang menampakkan kehitaman itu adalah darah yang masih melekat di badannya.

Aku turun dari bilik bersalin dan terus mangambil wudud untuk sembahyang Asar dan sebagai persediaan untuk mangalunkan iqamat dan azan ke telinga anak itu. Setelah selesai aku naik kembali ke bilik bersalin. Subhanallah, comel sungguh manusia baru itu dengan dibalut seluruh badan. Iqamat dan azan dialunkan serta aku bacakan beberapa ayat-ayat Quran yang elok dibacakan sebagai halwa telinga pertama untuk bayi yang baru lahir.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger