Sebelumnya, Tuhan berkata: “Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.” (Surah al-A’raaf ayat 130)
Selanjutnya, perbuatan baik yang Tuhan suka dan perbuatan jahat yang Tuhan benci ada disebutkan dalam ayat-ayat Quran berikut:
“Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Qasas ayat 84)
Tuhan berkata: “Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” (Surah Hud ayat 114)
Tuhan berkata lagi: “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Furqaan ayat 70)
Perhatikan bahawa ada ayat di atas bermakna: “Segala kebaikan yang kamu dapat adalah datangnya dari Allah, dan segala keburukan atau bencana yang menimpa kamu adalah dari kesalahan diri sendiri.” Tuhan tidak menyatakan: “Apa sahaja yang kamu lakukan atau usahakan.” Dalam hal ini Tuhan menjelaskan dalam ayat Quran berikut: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah asy-Syura ayat 30)
Tuhan berkata: “Maka ketahuilah, Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka.” (Surah al-Maidah ayat 49)
Tuhan berkata: “Katakanlah: “(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab siksaNya, atau dengan perantaraan tangan kami.” (at-Taubah ayat 52)
Tuhan berkata: “Dan orang-orang yang menentang Tuhan itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); ataupun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehingga datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Surah ar-Ra’d ayat 31)
Dalam ayat lain, Tuhan berkata: “Jika kamu dalam pelayaran di muka bumi ini lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.” (Surah al-Maidah ayat 106)
Tuhan berkata lagi: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua kami kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 155-156)
Anugerah dan bencana dari Allah? (1):

0 comments:
Post a Comment