Bukan soal tulisan Jawi tetapi isu pembaziran oleh DBKL – Teresa Kok

Teresa Kok dilaporkan berkata mengenai isu papan tanda tulisan Jawi bahawa teguran yang beliau berikan adalah atas desakan Persatuan Penduduk Taman Seputeh yang tidak bersetuju dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kerap kali menukar papan tanda.


"DBKL kerap menukar papan tanda beberapa bulan sebelum ini dan menukarnya semula selepas itu kepada tulisan Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah pembaziran yang dilakukan bukan soal penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda.”


Saya harap YB Terasa Kok berkata benar mengenai perkara ini. Saya menghormati pandangan beliau, tetapi saya sangat berharap semoga beliau memahami bahawa tulisan Jawi adalah perkara yang tidak perlu dibangkitkan.


Mengapa marah atau mengambil tindakan yang menguris perasaan orang Melayu dalam hal tulisan Jawi ini? Padahal dalam masa yang sama, masih banyak isu penting yang perlu diuruskan dengan baik oleh Teresa.


Ketahuilah fakta sejarah ini: “Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.


Justeru itu, tulisan Jawi mempunyai nilai sejarah negara yang perlu dipelihara.

3 comments:

Anonymous said...

Ini soal alih isu kaji semula dan mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam semua aspek di negara ini.

Awang Kata said...

Isu tulisan jawi bukan menjadi hal sangat, tetapi yang pentingnya warisan budaya bangsa kita perlu diserlahkan dan bukan dipinggirkan...citra bangsa berbudaya. Itu saja.

Anonymous said...

Sdr Awabg Kata,

Memang isu ini sebenarnya mungkin tidak penting bagi sesetengah pihak. Tetapi ia merupakan salah satu warisan yang sangat elok dipertahankan, justeru kerana Islam disebarkan melalui tulisan ini di zaman gemilangnya.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger