Jika ada unsur agama lain, yoga haram bagi Islam – Mufti Perak

Mufti Perak, Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria berkata bahawa umat Islam di Malaysia mungkin dilarang daripada melibatkan diri dalam senaman yoga. Menurut Mufti Perak itu, Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa berkenaan amalan yoga sedikit masa lagi.

Beliau dipetik AFP sebagai berkata, “Jika ia mengandungi sebarang elemen dari agama lain, pastinya ia (yoga) haram, tetapi jika ianya hanya berbentuk latihan (kesihatan) ia tidak mengapa."

“Muslim tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti asal yoga kerana ia mengandungi unsur agama lain.”


*** I provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

1 comments:

Admin said...

yoga tidak ada unsur agama lain, lebih lebih lagi, yoga tidak boleh diklasifikasikan sebagai agama kerana:

yoga tiada tuhan.

yoga tiada pusat ibadat seperti masjid, kuil, gereja.

yoga tiada rasul/saint/priest. Tidak ada wujud sistem ketua yoga kecuali yang adanya hanya guru yoga yg seringkali dipanggil yogi

yogi tiada amalan yg disuruh seperti umat islam dengan solat 5 waktu, org kristian dgn good friday atau hari thaipusam.

Satu tanggapan salah mengenai yoga adalah ia dari agama hindu. Ini adalah salah. Asal usul yoga adalah dari benua yg sama (himalaya/india) dan orang hindu yang terjumpa yoga. Bukan yoga dihasilkan oleh agama hindu. Oleh itu, banyak manuskrip hindu dan India Lama mengaitkan yoga dgn budaya mereka.

Bacaan mantera/mantra dalam yoga sebenarnya takde. Nafas kuat tarik ada lah. Jikalau ada mantera masa 'meditation', ia bukanlah sesuatu yang pernah disarankan yoga tapi 'mazhab' yoga lain yang selalunya mempunyai seorang 'GURU'. Ini boleh memesongkan akidah kerana ketua 'yoga' ini selalu menegaskan bahawa masa 'bertafakur' adalah untuk memperingati GURU mereka.

Yoga sebenarnya tidak begitu. Dia boleh dikatakan sifat neutral kerana tidak pernah menekankan unsur agama. Sebagai contoh, saya seorang pengamal yoga. Akhir kelas selalunya masa untuk 'relax'. dan kami akan selalu terbaring, dan lagu dipasang serta lampu dimalapkan.

Guru tidak akan menyuruh kita membaca mantra, tapi akan berkata untuk lupakan kerja, lupakan masalah, pikir diri kita. pikir kebaikan kita dah buat untuk hari ini (ini selalu disalah tafsirkan sebagai kosongkan minda) dan sekali sekala minta kita bersyukur dgn Tuhan (ikut agama masing masing) dengan apa yang ada.

Guru muslim selalu ada yg memperingatkan supaya kita ingat untuk berbuat baik dan bersyukur apa Allah berikan kita.

Jadi yoga adalah suatu sistem senaman yang amat baik. Dan ia mengandungi unsur spiritual, yg selalu disalahtafsirkan sebagai agama.

Religion and spirituality are two differint things. Yoga boleh tingkatkan spiritual level kita (mengakui ada suatu kuasa yang lebih besar dari kita) dan boleh mendekatkan kita lagi dgn agama

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger