Harga minyak dan kemelesetan ekonomi dunia

Entri kali ini agak berlainan. Namun masih bersangkut-paut soal perut (tetapi bukan buku). Media terus memberi tumpuan kepada pengumuman kerajaan terhadap harga minyak. Menurut laporan, kerajaan akan membincangkan untuk menetapkan harga lantai bagi petrol sama ada akan kembali kepada harga asal sebelum ini pada RM1.92 seliter atau boleh diturunkan lagi jika harga minyak mentah dunia terus menurun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan juga perlu memutuskan sama ada perlu mengambil pendapatan daripada penjimatan subsidi minyak jika trend penurunan harga terus berlaku.


Kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa pada18 November 2008.


Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut (rujukan Malaysiakini):

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;
• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan
• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.


Namun begitu Ketua Penerangan PAS pusat, Mahfuz Omar dipetik Harakahdaily sebagai berkata, "Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2 seliter, sedangkan Menteri KPDNHEP, Datuk Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 seliter tanpa subsidi kerajaan.”


Mahfuz Omar berkata kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.


Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.


Dalam pada itu, siaran berita TV seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera sedang hangat membincangkan tanda-tanda kemeseletan ekonomi dunia. Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara Kesatuan Eropah sudah merasainya. Berita terakhir saya ingat ialah pihak Citigroup sudah merancang untuk memberhentikan seramai 50,000 pekerja di seluruh dunia lantaran kerugian besar yang dialami oleh syarikat perbankan dunia itu.


Tanpa mengira kedudukan ekonomi global, pasaran kewangan Asia dikatakan berada pada kedudukan yang lebih baik dalam menangani krisis kewangan yang sedang dialami, kata seorang pegawai kanan bank.



Pengarah Urusan Am Bank Pembangunan Asia (ADB) yang berpejabat di Manila, Rajat M. Nag berkata Asia kini dalam kedudukan yang lebih baik berbanding negara membangun yang lain dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


"Negara-negara membangun di Asia menunjukkan pertumbuhan yang sihat. India atau pasaran Asia tidak akan mengalami krisis kewangan yang teruk kerana ia mudah pulih, permodalan bank sangat baik dan pinjaman tidak berbayar juga rendah.


Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan di Asia supaya tidak panik dan terus memberi tumpuan terhadap dasar-dasar pro-pertumbuhan bagi menangani tekanan kewangan ke atas ekonomi masing-masing.


"Negara di Asia mesti memperakui pelaburan infrastruktur jangka panjang, seperti kesihatan dan pendidikan," katanya.


Rajat mengingatkan bahawa kira-kira 600 juta penduduk Asia masih hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$1 sehari, menjadikan mereka paling teruk terjejas semasa kemelesetan ekonomi.


"Golongan miskin ini perlu diberi perhatian. Mereka menderita semasa harga bahan api meningkat, apabila harga makanan naik dan kini berhadapan pula dengan krisis kewangan. Jangan abaikan mereka ini," katanya lagi.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger