PKPIM: Kembalikan maruah bahasa Melayu di Malaysia - Malaysiakini dan UNIKA

"Malah, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan menyebabkan para pelajar di negara ini sukar bersaing di peringkat tertinggi.” (PKPIM)

Dalam perkembangan terkini, blog UNIKA menyatakan bahawa Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) akan bertindak dengan cara memobilisasi isu PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris).


Blog UNIKA memetik makluman jurucakap kumpulan itu yang berkata bahawa demonstrasi, risalah dan mungkin beberapa aktiviti radikal lain akan dilakukan
.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang membentuk sebuah delegasi yang akan mengunjungi Menteri Pelajaran Malaysia di Puterajaya, selepas hari raya Aidil Adha nanti.


Delegasi ini bertujuan menyampaikan sebuah memorandum rasmi kepada Menteri Pelajaran Malaysia bagi menyatakan pendirian para akademik di UPSI tentang PPSMI, dan sekali gus meminta Menteri Pelajaran Malaysia supaya segera menghentikan taktik melambat-lambatkan dan meneutralisasikan usaha mengembalikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matematik dalam sistem pelajaran Malaysia.


Rombongan ini akan diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI.


Beberapa hari lepas, Malaysiakini melaporkan PKPIM menyokong penuh saranan bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakub supaya pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger