Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi 'bogel' bagi membantah kerajaan Selangor menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebagai tidak bermaruah.
Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan untuk berbogel sebagai membantah kerajaan Selangor bukan satu cara demontrasi yang wajar dilakukan.
"Kisah Nabi Adam a.s dimurkai Allah sehingga telah dibogelkan dan dihantar ke atas bumi. Dan sampai di bumi beliau terus mencari daun kayu untuk menutup auratnya, jadi kita yang bermaruah pun nak buat bogel.
"Bogel tak boleh dilakukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, tak ada manusia yang boleh terima bogel, dalam bilik air pun kita dianjurkan berdoa untuk mengelak gangguan syaitan.
"Masih banyak lagi cara untuk menyampaikan sebarang bantahan atau tidak puas hati tetapi janganlah sampai untuk berbogel, ini cara seumpama monkey," katanya.
Baru-baru ini Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar dilaporkan berkata mereka akan mengadakan demontrasi sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar sewa rumah dari RM124 kepada RM250 sebulan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato' Muhammed Khusrin Munawi dilaporkan berkata, tindakan akan diambil kepada mereka yang berbogel kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata perbuatan berbogel merupakan satu tindakan tidak bermaruah dan akan memalukan rakyat Malaysia. (Sumber: Harakahdaily.net)
Bagi saya ini sikap tidak bertamadun oleh segelintir komuniti. Saya tidak tahu siapa di belakang Gerakan Reformis Rakyat Malaysia. Namun saya kira mereka biadap dan kurang ajar. Gunalah cara lain, bukan berbogel. Saya harap Polis dan JAIS mengambil tindakan tegas jika ianya diteruskan. Jangan menayangkan kemaluan anda wahai Reformis! Jangan jadi bodoh! Itu HARAM!

0 comments:
Post a Comment