Presiden Kesatuan Eropah: Pentadbiran Kelantan akan berterusan

Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan Kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya," ujar Marc Barety.


Beliau berkata demikian, ketika mengetuai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania, Itali, Denmark dan Finland.

1 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Pemerintahan secara Islam memang terbaik; dan tiada yang lebih baik darinya.
Wssalam.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger