Tahniah Guan Eng, saya sokong YAB - Malaysiakini

Berkat kerjasama penduduk, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api Bukit Bendera dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000, lapor Malaysiakini.


Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.

Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.


Tahniah Lim Guan Eng kerana mengotakan apa yang dijanjikan dalam perihal menjimatkan wang rakyat. Bravo YAB! (By the way, I’m practicing Malay Muslim.)


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dipetik oleh Harakahdaily bahawa beliau yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.


Kata Mohamad Sabu, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasionall.

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger