Aku resah di dinihari 12 Januari 2009

12Jan2009

Dinihari 12 Januari 2009, jiwa rasa resah. Pelbagai perkara menujah benak minda; fasal nasib umat Islam Palestin yang diratah Israel celaka; fasal isu hukum hudud yang dilagukan kembali; dan fasal hutang lapuk yang masih bertumpuk untuk dilangsaikan.


Usai menonton berita al-Jazeera, aku melangkah ke bilik air, bersuci dan ambil wuduk. Solat hajat empat rakaat ditunaikan. Kalam Tuhan kubaca perlahan. Aku berkomunikasi dengan Allah, meminta petunjuk dan tuntunanNya.


Jiwa terasa sejuk nyaman disimbah cinta Allah.

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger