Pemilik laman web Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohamad menyatakan bahawa beliau sedang mencetak risalah anti-PPSMI yang akan diedarkan di Kuala Terengganu, sempena kempen pilihanraya kecil di sana.

Menurut laman itu lagi, Dato' Dr. Hassan Ahmad (Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) akan berkempen menjelaskan mengapa rakyat Kuala Terengganu mesti tolak calon BN sebagai amaran kepada kerajaan BN jika terus berdegil hendak mempertahankan juga dasar PPSMI yang hanya menguntungkan anak-anak yang ibu bapa mereka bertutur bahasa Inggeris di rumah.


Penyair Dinsman akan berkempen dengan cara membacakan sajak anti-PPSMInya.


Dalam perihal hukum hudud Islam, Malaysiakini melaporkan bahawa Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di ‘grilled’ oleh pertanyaan wartawan di Kuala Terengganu.


(The two top leaders of DAP and PAS were put in an awkward position by journalists who grilled the duo over the Islamic law issue, reports Malaysiakini)


Wartawan juga terikut-ikut dengan rentak UMNO dan BN yang menjadikan persoalan hukum hudud ini seolah-olah sesuatu yang terlalu pelik. Aduhai, bukankah sudah terang lagi bersuluh, hukum hudud ini ialah undang-undang jenayah Islam yang hanya untuk komuniti Islam sahaja. Panganut agama lain tidak dipaksakan untuk menerimanya seandainya dilaksanakan kelak.


Salah seorang yang terperangkap dengan jerangkap samar UMNO ialah Karpal Singh. Orang tua ini melatah dan terus mendapik dada atas dasar dia ialah peguam. Inilah kerja-kerja UMNO selama ini, berjaya meracun rakyat bukan Islam di Malaysia bahawa hukum Islam kejam, tidak bertamadun dan kaedah penghukuman lapuk.


"Apa akan terjadi sekiranya seorang Islam dan bukan Islam menghadapi tuduhan bersama. Yang Muslim memilih untuk dibicarakan menerusi hudud sementara yang bukan Islam memilih undang-undang sivil.
Bagaimana mahkamah akan mengatasi dilema ini,’ kata Karpal Singh seperti mana dipetik oleh mStar Online.

Saya resah sebenarnya. Minta tolong Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pakar undang-undang Islam supaya mengambil inisiatif untuk menerangkan hal ini kepada Karpal Singh.
Adakan penerangan dan jawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Karpal. Ini menjadi KEWAJIPAN pimpinan PAS.

Saya amat terkilan justeru kerana ada lagi komuniti rakyat Malaysia yang masih termakan momokan UMNO selama ini. UMNO sudah berjaya, memang hebat!


Namun begitu, bak kata salah seorang pengunjung blog saya, “I will vote for PAS so that this beautiful country will have a chance for rule of law. When little people like me whose opinion has been ignored by BN for so long is willing to comment yet disclose name without fear, then Malaysia truely has achieved the highest level. I hope Pakatan Rakyat and PAS will bring Malaysia to that level.”


Berkaitan 1:
Anwar dan Hu Pang Chaw: Hudud bukan untuk non-Muslim
Berkaitan 2:
Hu Pang Chaw: Komuniti bukan melayu di Pantai Timur faham hukum hudud
Berkaitan 3:
Karpal Singh termasuk PERANGKAP UMNO

*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

2 comments:

Unknown said...

sama-sama bunuh makluk perosak negara. be-end.

Anonymous said...

Hi friend,

I'm Chinese, & agree with you. Together we create better Malaysia!

-- Yap

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger