Pengundi Cina, VOTE FOR CHANGE, VOTE PAS

Nampaknya faktor pengundi Cina di Kuala Terengganu menjadi antara perkara yang banyak diperkatakan bagi pilihanraya kecil di sana. Dengan jumlah lebih kurang 8,000 pengundi berdaftar, kaum Cina saya kira sudah mula berubah. Sudah banyak bukti. Sumber berita mengatakan bahawa berlaku reformasi di kalangan pengundi Cina kepada calon PAS terutamanya yang tinggal di kawasan Dun Bandar.

Laman berita Malaysiakini dan Harakahdaily tidak putus-putus melaporkan perkembangan terkini sepanjang kempen. Dan sudah tentu laman berita pihak kerajaan seperti Bernama juga melaporkan berita yang lebih menjurus kepada BN. Namun semakin hampir tarikh pengundian, calon Pakatan Rakyat (PR) dari PAS terus mengungguli persada siber.


Kehadiran berulang kali pemimpin-pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, manakala pemimpin KeADILan, Tian Chua dan ramai lagi menyebabkan kampung yang didiami kaum Cina semakin mesra dengan calon PAS.

Kalau dahulu Cina takut-takut dengan calon dari PAS, kini tidak lagi. Tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat dari DAP dan PKR yang benar-benar mahu membuktikan bahawa PR boleh memimpin negara.

Analisis yang dilaporkan oleh Malaysiakini, “The BN’s amazing electoral performance of winning 91 percent of parliamentary seats in 2004 could not be repeated in 2008”, akan menjadi kenyataan.


Isu hudud tidak lagi bisa memamah jiwa kaum Cina di Kuala Terengganu. Mereka, saya kira, sudah faham ataupun mereka tulikan telinga demi mempastikan calon PR mencapai kemenangan. Hukum Islam ini akan ditangani bersama dalam PR nanti. Saya tabik toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP dan PKR dalam isu ini.


Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan berkata,
"Kami dikalangan orang bukan melayu di pantai timur ini baik di Kelantan atau di Terengganu memang dah faham apa itu hukum hudud kerana hudud hanya untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum tersebut.


"Orang bukan melayu di Pantai Barat mungkin tidak berapa faham kerana telah diputarbelit oleh media kerajaan yang sengaja ditakut-takutkan dengan hukum rejam dan potong tangan.
Walhal hudud bukan begitu.”

Vote for change, vote PAS, for BETTER MALAYSIA.


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

3 comments:

Bangsa Cina Malaysia said...

I AM CHINESE AND I SUPPORT 100% IMPLEMENTATION OH HUDUD LAW.
WHY ??
BECOZ CRIMINALS ARE GETTING MORE MERCILESS NOWDAYS.
EVEN AFTER ROBBING THE VICTIMS ARE KILLED.
MORNING JOGGERS ARE NOT EVEN SPARED.
PLEASE IMPLEMENT HUDUD IMMEDIATELY.
AT LEAST I KNOW MY LOVE ONES WILL BE SAFER.
GOD BLESS ABDUL HADI AND NIK AZIZ.

Bangsa Cina Malaysia said...

I AM CHINESE AND I SUPPORT 100% IMPLEMENTATION OH HUDUD LAW.
WHY ??
BECOZ CRIMINALS ARE GETTING MORE MERCILESS NOWDAYS.
EVEN AFTER ROBBING THE VICTIMS ARE KILLED.
MORNING JOGGERS ARE NOT EVEN SPARED.
PLEASE IMPLEMENT HUDUD IMMEDIATELY.
AT LEAST I KNOW MY LOVE ONES WILL BE SAFER.
GOD BLESS ABDUL HADI AND NIK AZIZ.

Web Sutera said...

Sahabat Bangsa Cina Malaysia,

Thanks for your comment. Yes, for BETTER MALAYSIA, let's do it TOGETHER.

We have to change & we show to BN that Malaysians don't need them anymore.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger