Analisis: Ramal PAS menang di Kuala Terengganu - Malaysiakini

PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti. Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam, dipetik dari Harakahdaily.

Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperoleh sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.


"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi. Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.


Beliau dilaporkan oleh Harakahdaily sebagai berkata bahawa isu terbesar yang membuatkan pengundi Cina begitu benci pada BN adalah tindakan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang menyatakan bahawa bangsa Cina adalah golongan pendatang.

“Isu tersebut telah digunakan habis-habisan oleh pihak PAS yang menyebabkan pengundi Cina merasa didiskriminasi oleh BN.”

Dalam analisis yang lain yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research, Malaysiakini melaporkan bahawa “memandangkan perkembangan yang melibatkan pemilihan tokoh-tokoh yang bertanding, kajiselidik ini mendapati pengundi lebih cenderung untuk mempertimbangkan kualiti calon daripada faktor-faktor lain seperti isu semasa, parti-parti yang bertanding atau pemimpin-pemimpin parti.”


Manakala di kalangan responden Cina pula, isu layanan adil bagi kaum bukan Bumiputera mendapat perhatian tinggi di mana 75 peratus daripada mereka 'amat bersetuju' atau 'agak setuju' bahawa dengan memilih calon bukan BN, masyarakat Cina akan dapat memberi isyarat jelas kepada kerajaan BN.


Berkaitan:
Pengundi Cina, VOTE FOR CHANGE, VOTE PAS


Vote for change, vote PAS, for BETTER MALAYSIA.


*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger