Kes A Kugan, polis amalkan undang-undang rimba?

Laman berita Malaysiakini melaporkan bahawa Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan, menuduh pihak polis dan peguam negara (AG) sengaja melengah-lengahkan siasatan terhadap kematian A Kugan, ketika dalam tahanan polis.

"Mengapa pihak polis dan pejabat AG memerlukan tiga hari sebelum mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh atau menahan anggota polis yang bertanggungjawab?


"Mengapa mereka yang melakukan perbuatan ini masih belum ditahan hingga ke hari ini?” Waytha Moorthy juga mendakwa pihak polis dan pejabat AG cuba menenangkan isu tersebut ekoran kecaman hebat terhadap kejadian tersebut.


"Hindraf mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan.”


Siapa saudara A Kugan? Dia adalah seorang rakyat Malaysia. Jika dalam tahanan polis pun tidak selamat, apa lagi di tempat lain? Adakah polis mengamalkan undang-undang rimba? Biar apa pun kesalahan A Kugan, dia tidak sepatutnya mati di balai polis!

Aku masih pilu dan marah dengan apa yang berlaku. Aku rasa tidak selamat. Aku amat kecewa!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger